KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd telah menjual sebanyak 14,989 unit kenderaan di pasaran tempatan dan eksport pada bulan Mac 2021, meningkat 26.2 peratus berbanding Februari dengan penguasaan pasaran dianggarkan mencapai 23.5 peratus.
Syarikat pengeluar kereta nasional itu telah mencatatkan bukan sahaja penjualan tertinggi baharu untuk tahun ini tetapi turut mencapai bulan penjualan terbaik sejak September 2013.
Secara keseluruhan, Proton telah mengekalkan kedudukan kedua dalam jadual kedudukan penjualan.
"Untuk suku pertama tahun ini, syarikat mencapai jumlah jualan terkumpul sebanyak 32,826 unit dan angka tertingginya dalam penguasaan pasaran suku tahunan sejak Mac 2012," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Proton berkata penghantaran untuk dua model SUVnya terus meningkat pada bulan Mac selepas talian pengeluaran baharu di Tanjung Malim meningkatkan pengeluarannya untuk bulan ini, menyaksikan 3,513 unit Proton X50 dihantar kepada pelanggan sementara Proton X70 menunjukkan kenaikan bulan ke bulan sebanyak 58.4 peratus kepada 2,337 unit.
"Jika digabungkan, ini bermakna Proton telah mencapai rekod dalaman baharu dengan 5,850 unit SUV dihantar, mengalahkan rekod sebelumnya sebanyak 4,820 unit pada bulan lalu," jelasnya.
Bagaimanapun, Proton Saga kekal sebagai model paling laris syarikat dengan sebanyak 5,589 unit telah dihantar dengan penjualan untuk sedan segmen-A itu telah meningkat sebanyak 32.5 peratus berbanding Februari.
Proton Persona, Iriz dan Exora juga mencatatkan angka terbaik mereka untuk tahun ini dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C itu sekali lagi menduduki tempat pertama bagi segmennya, masing-masing menyaksikan penjualan 2,151 unit, 810 unit, 584 unit pada bulan Mac.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Roslan Abdullah berkata setelah mencatatkan permulaan yang agak lemah, industri automotif Malaysia akhirnya mencapai kemajuan pada tahun 2021.
"Kami menganggarkan TIV melebihi 63,000 unit, menunjukkan semua jenama akan mencatatkan jumlah terbaik mereka untuk tahun ini.
"Bagi Proton, bulan Mac adalah bulan penjualan yang sangat baik kerana kami mencapai angka tertinggi bagi tempoh 90 bulan tetapi merasakan pencapaian kami berkurangan kerana ia boleh dipertingkatkan sekiranya kami dapat menghasilkan lebih banyak unit," jelas beliau.
Roslan menambah buat masa ini, Proton masih memiliki banyak pesanan untuk dipenuhi dan syarikat akan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dalam beberapa bulan ini, di samping mengekalkan fokus kami dalam penyampaian produk yang berkualiti tinggi.
"Kami juga sedar bahawa insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan berakhir pada penghujung bulan Jun, jadi kami berhasrat untuk memastikan sebanyak mungkin pelanggan dapat menikmati pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Syarikat pengeluar kereta nasional itu telah mencatatkan bukan sahaja penjualan tertinggi baharu untuk tahun ini tetapi turut mencapai bulan penjualan terbaik sejak September 2013. - Foto proton.com
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Proton kekal momentum jualan kukuh pada November
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjual sebanyak 12,296 unit kenderaan pada November.
Proton lancar sedan S70, sasar jualan bulanan lebih 3,000 unit
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.
Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara
PROTON perlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.
Proton sasar jual model S70 2,000 unit sebulan - Timbalan Ketua Eksekutif
Proton Holdings Bhd (Proton) menyasar menjual model sedan terbaharunya, S70, sebanyak kira-kira 2,000 unit sebulan.