awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB adakan mesyuarat tergempar isu pengiktirafan Somaliland oleh Israel
Perak tambah peruntukan Perak Pawsitive Initiative kepada RM0.3 juta
Pelakon legenda Perancis Brigitte Bardot meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan kereta Proton terus meningkat pada November 2020

Bernama
Bernama
02/12/2020
14:26 MYT
Jualan kereta Proton terus meningkat pada November 2020
Proton Holdings Bhd (Proton) berkata jualan yang dicatatkan pada bulan November telah menjadikan jumlah unit kereta Proton dijual setakat tahun ini adalah 96,410 unit. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jualan kereta Proton telah meneruskan trajektori pertumbuhannya dengan mencatatkan prestasi kukuh pada akhir 2020 selepas dengan 11,411 unit dijual pada November, 2020, kadar pertumbuhan sebanyak 18 peratus tahun ke tahun.
Dalam satu kenyataan, Proton Holdings Bhd (Proton) berkata jualan yang dicatatkan pada bulan November telah menjadikan jumlah unit kereta Proton dijual setakat tahun ini adalah 96,410 unit.
"Walaupun jualan untuk model Proton lain untuk bulan ini sedikit menurun berbanding Oktober, penghantaran Proton X50 yang baharu mula mendapat momentum dengan 1,756 unit telah dihantar, menjadikannya kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B (lima tempat duduk) terlaris di Malaysia.
"Digabungkan dengan jualan 2,157 unit Proton X70, ini menjadikan Proton sebagai mendahului jualan SUV secara keseluruhan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.
Jualan kereta Malaysia terus mengungguli unjuran pasaran dari awal tahun ini, dengan jumlah keseluruhan industri dianggarkan melebihi 56,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut.
"Sebilangan besar ini adalah disebabkan oleh tawaran akhir tahun oleh jenama kereta.
"Tahun ini kami dapat memasukkan insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan pelancaran model baharu yang popular seperti Proton X50 sebagai pemacu pertumbuhan volum," kata Roslan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PENJANA
#Proton
#Malaysia
#kereta
#ekonomi
#model
#jualan
#meningkat
#November
#prestasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan