awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Unit udara JBPM dijangka mulakan kaedah pengeboman air hari ini
Pengusaha kedai makan rugi RM364,500 diperdaya individu menyamar polis
Buruh binaan maut dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan, pengeluaran global Toyota catat rekod pada Julai

Bernama
Bernama
28/08/2025
21:20 MYT
Jualan, pengeluaran global Toyota catat rekod pada Julai
Awal bulan ini, Toyota mengurangkan unjuran keuntungan bersih bagi tahun kewangan semasa hingga Mac 2026. - Gambar hiasan
TOKYO: Toyota Motor Corp. mengumumkan pada Khamis jualan dan pengeluaran globalnya bagi Julai mencatatkan rekod baharu apabila permintaan kukuh di luar negara kekal stabil meskipun berdepan kesan tarif tinggi kenderaan dikenakan Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.
Jualan global meningkat 4.8 peratus tahun ke tahun kepada 899,449 unit pada Julai, menandakan kenaikan bagi tujuh bulan berturut-turut, manakala pengeluaran naik 5.3 peratus kepada 846,771 unit, menurut pengeluar kereta itu.
Mengikut wilayah, pengeluaran di Amerika Syarikat melonjak 28.5 peratus kepada 95,145 unit berikutan permintaan kukuh. Di China, pengeluaran meningkat 17.1 peratus kepada 135,235 unit berikutan sambutan terhadap model kenderaan elektrik baharu.
Awal bulan ini, pengeluar kereta terbesar dunia itu mengurangkan unjuran keuntungan bersih bagi tahun kewangan semasa hingga Mac 2026, dengan menjangkakan penurunan 44.2 peratus kepada 2.66 trilion yen (kira-kira US$18 bilion) kerana tarif tinggi kenderaan AS dijangka mengatasi langkah penjimatan kos dan usaha lain.
Jepun dan Amerika Syarikat telah memeterai perjanjian perdagangan yang menetapkan tarif kereta Jepun pada kadar 15 peratus, berbanding 27.5 peratus ketika ini, namun masih lebih tinggi daripada kadar 2.5 peratus sebelum Presiden AS Donald Trump memperkenalkan tarif khusus sektor pada April lepas.
Bagaimanapun, masih belum jelas bila kadar baharu itu akan berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Toyota Motor Corp
#jualan Toyota
#tarif Amerika Syarikat
#pengeluaran global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan