awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah akauntan berkelayakan profesional penting jadikan M'sia hab kewangan

Luqman Hariz
Luqman Hariz
03/11/2015
23:30 MYT
Jumlah akauntan berkelayakan profesional penting jadikan M'sia hab kewangan
Peranan akauntan kini semakin signifikan kerana ia turut merangkumi perancangan strategi dan pengurusan kewangan sesebuah syarikat secara menyeluruh. - Gambar Hiasan
Peningkatan bilangan akauntan berkelayakan profesional amat penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab kewangan di peringkat serantau dan global.
Menurut Eksekutif Kanan Perakaunan Profesional Global Kaplan, Tanya Worsley, ini juga selaras dengan sasaran yang diletakkan kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).
"Kerajaan Malaysia sangat berminat untuk menjadi hab (kewangan) serantau dan saya rasa kita boleh melihat bukti ini sedang berlaku," katanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI di sini pada Khamis.
Tambah beliau masih terdapat jurang di antara bilangan 26,000 orang akauntan berkelayakan profesional tempatan kini berbanding sasaran 60,000 orang menjelang 2020 yang digariskan di bawah ETP.
Beliau turut menambah profesion perakaunan tidak wajar dilihat sebagai suatu pekerjaan yang melaporkan keputusan kewangan sesebuah entiti semata-mata.
Menurutnya, peranan akauntan kini semakin signifikan kerana ia turut merangkumi perancangan strategi dan pengurusan kewangan sesebuah syarikat secara menyeluruh.
"Perakaunan bukan hanya mengenai melaporkan nombor atau melapor kembali apa yang syarikat telah dilakukan pada masa lalu, akauntan kini bertumpu kepada strategi perniagaan, pelaburan, pengurusan kewangan sesebuah entiti.
Untuk menjadi hab serantau di Asia, akauntan Malaysia perlu mempunyai kemahiran tersebut," katanya.
Topic Berkaitan
#Perakaunan Profesional Global Kaplan
#Program Transformasi Ekonomi
#Tanya Worsley
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan