KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan yang telah diluluskan tertinggi dalam sejarah dengan RM329.5 bilion pada 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah yang direkodkan ini adalah 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022 yang mana ia didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42.8 peratus.
Jelas beliau, landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan itu mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani.
"Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing.
"Secara tidak langsung, ini merupakan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan (pro-investment) dan mesra perniagaan (pro-business) yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan (whole-of-government) telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau menambah, jumlah pelaburan yang diluluskan tersebut melibatkan 5,101 projek dan berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara.
"Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan tertinggi dengan menyumbang lebih daripada separuh (51.1%) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu RM168.4 bilion, diikuti oleh sektor perkilangan sebanyak RM152.0 bilion (46.1%) dan sektor utama (primary industries) sebanyak RM9.1 bilion (2.8%)," jelas beliau dalam kenyataan sama selepas membentangkan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) 2024 pada Khamis.
Selain itu, mesyuarat juga telah membincangkan mengenai hala tuju pelaburan digital negara, selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang semakin pesat dan merupakan di antara sektor ekonomi yang penting dalam memperkukuhkan agenda pelaburan negara.
"Ekonomi digital di Malaysia yang telah menyumbang sebanyak 23.2 peratus kepada KDNK pada tahun 2021, diunjurkan meningkat kepada 25.5 peratus menjelang tahun 2025.
"Bagi tempoh 2021-2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion, yang merangkumi projek yang diluluskan melalui Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan.
"Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan kepada 36,553 rakyat tempatan," tambah beliau.
Antara pelaburan digital yang diluluskan adalah dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan.
Kata beliau yang juga Menteri Kewangan, kehadiran syarikat-syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa Malaysia mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital.
Justeru, katanya kerajaan perlu memudahcara sebaik mungkin pelaburan digital berpotensi tanpa sebarang kompromi terhadap aspek berkaitan keselamatan data dan kedaulatan negara.
Nickyson Nyambar
Thu Feb 22 2024

Anwar berkata landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan itu mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi Malaysia sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani. - Gambar fail/Astro AWANI
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Perkhidmatan, pembuatan sumbang sebahagian besar pelaburan RM160 bilion pada separuh pertama 2024
Tengku Zafrul berkata lonjakan pelaburan itu disokong oleh 2,948 projek pelaburan yang dijangka mencipta kira-kira 79,187 peluang pelaburan baharu.

Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.

Jumlah pelaburan diluluskan 2023 adalah tertinggi dalam sejarah - PM
Prestasi cemerlang ini didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42.8 peratus.

Kedah terima pelaburan diluluskan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 - Sanusi
Kerajaan negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.

Malaysia rekod RM264.6 bilion pelaburan diluluskan pada 2022 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, sektor perkhidmatan mendominasi jumlah pelaburan diluluskan tahun lepas dengan mencatatkan 3,581 projek bernilai RM154 bilion atau 58 peratus dari jumlah keseluruhan.

Pelaburan diluluskan Malaysia melonjak 51.5 peratus kepada RM177.8 bln dalam tempoh Jan-Sept 2021
Pelaburan itu terdiri daripada sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, dijangka menghasilkan 79,899 pekerjaan di negara ini.