KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan yang lebih kukuh pada 2021 yang bakal diumumkan pada 8 Mac ini dengan prestasinya diunjur mengatasi pencapaian tiga tahun sebelum ini, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Arham Abdul Rahman berkata Malaysia telah memaparkan daya tahan yang mantap dalam mengharungi cabaran tidak dijangkakan susulan pandemik COVID-19 yang sebaliknya terbukti memberi peluang tersendiri.
"Usaha serta daya tahan MIDA dalam melaksanakan pelbagai program jangkauan serta pengalakan pelaburan ternyata bermanfaat. Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2021, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak RM106.1 bilion yang merangkumi hampir 60 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan.
"Baki 40.3 peratus atau RM71.7 bilion disalurkan daripada pelaburan langsung domestik (DDI) dan kami berterima kasih kepada syarikat tempatan sedia ada dan baharu yang telah dapat memenuhi keperluan industri pelbagai syarikat multinasional (MNC)," katanya pada sesi penghargaan bersama media pada Khamis.
Malaysia telah meluluskan pelaburan bernilai RM164 bilion menerusi 4,599 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2020 manakala pada 2019 mencatatkan RM211.4 bilion dan RM201.7 bilion pada 2018.
Bagi 2022, Arham berkata MIDA kekal optimis terhadap sasaran angka lebih baik walaupun agak sukar untuk mengatasi prestasi 2021.
Menurutnya, ini berikutan Malaysia berupaya menarik beberapa projek bernilai tinggi pada tahun lepas seperti projek solar Risen Energy Co Ltd yang membabitkan pelaburan bernilai RM42.2 bilion.
Bagi perancangan tahun ini, beliau berkata MIDA mempunyai 477 projek dengan cadangan pelaburan bernilai RM33.3 bilion dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Ini termasuk aeroangkasa, kenderaan elektrik (EV), jentera dan peralatan, reka bentuk litar bersepadu (IC), elektronik canggih, tenaga boleh diperbaharui seperti solar fotovoltan (PV), optik dan fotonik, teknologi paparan, petrokimia, farmaseutikal, peranti perubatan serta keselamatan atau jaminan makanan.
"Kami menyasarkan untuk memanfaatkan momentum pemulihan yang dialami pada 2021 bagi memacu pertumbuhan pelaburan pada 2022.
"MIDA juga berhasrat untuk mengetengahkan Malaysia sebagai sebuah hjab digital serantau dengan ekosistem perniagaan holistik yang dapat mengubah pelaburan sebagai tonggak ekonomi mampan. Kami mahu mengurangkan impak alam sekitar, mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi, memperluas hubungan domestik, menggalakkan kluster pertumbuhan baharu selain menawarkan aspek keterangkuman," katanya.
Arham berkata, MIDA juga akan memberi tumpuan terhadap usaha bagi mendapatkan lebih banyak projek berkualiti tinggi, berintensifkan modal dan menyokong agenda pembangunan mampan negara.
"Kami turut memberi penekanan terhadap aspek mempercepat penerimagunaan dan pelaksanaan automasi kilang dan tahap pendigitalan maju bagi membolehkan peralihan hab bercirikan konvensional kepada pengilangan pintar. Ini dapat meningkatkan fleksibiliti dan mengoptimumkan produktiviti serta pertumbuhan.
"MIDA berusaha untuk memastikan Malaysia kekal menarik untuk pelabur dengan melaksanakan pendekatan bagi mengurangkan cabaran menjalankan perniagaan di negara ini dan pada masa sama menggalakkan serta memberi kemudahan syarikat menerima guna teknologi, inovasi dan penyelidikan," katanya.
Sehubungan itu, Arham berkata MIDA telah menyenaraikan misi perdagangan dan pelaburan bersasar selain misi projek khusus untuk menarik pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, inovasi dan penyelidikan yang dapat melengkapkan lagi ekosistem perindustrian Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 14 2022
Arham berkata Malaysia telah memaparkan daya tahan yang mantap dalam mengharungi cabaran tidak dijangkakan susulan pandemik COVID-19 yang sebaliknya terbukti memberi peluang tersendiri. - Gambar fail/BERNAMA
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Pelaburan dilulus turun 26 peratus bagi sembilan bulan pertama
Malaysia merekodkan pelaburan dilulus bernilai RM113.5 bilion melibatkan sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 9 bulan pertama 2017.