KUALA LUMPUR : Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia bagi tahun 2022 bakal berkembang lebih 30 peratus berbanding 2021.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, ia berikutan peningkatan aliran perdagangan dua hala bagi barangan dan perkhidmatan selepas pembukaan
semula sepenuhnya sempadan kedua-dua negara pada tahun lalu.
Tengku Zafrul berkata, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri ke Indonesia, MITI dan agensi-agensinya yang berkaitan telah menyatakan komitmen untuk terus berusaha bagi mengembangkan perdagangan
dan pelaburan rentas sempadan dengan Indonesia.
"Di kalangan negara-negara ASEAN, Indonesia merupakan rakan dagangan Malaysia yang kedua terbesar. Dari sudut sumber pelaburan langsung asing (FDI) pula, Indonesia merupakan yang ketiga terbesar. Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia adalah sekitar USD23 bilion pada 2021, peningkatan 45.5 peratus tahun ke tahun berbanding 2020.
"Bagi tempoh Januari-November 2022, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara telah melebihi AS$27 bilion, iaitu peningkatan lebih 33 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Ujarnya, dari segi pelaburan, MITI akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi pelaburan rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia, di mana antara bidang kerjasama yang bakal diterokai meliputi farmaseutikal, aeroangkasa, pemprosesan minyak sawit, barangan pengguna, serta pertahanan dan
keselamatan.
Ini dicerminkan menerusi pertukaran sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara syarikat-syarikat Malaysia dan Indonesia, dengan jumlah nilai potensi pelaburan melebihi RM1.6 bilion.
MITI juga telah menerajui perbincangan dua hala mengenai potensi pelaburan dan projek pembangunan oleh syarikat-syarikat tempatan di ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur.
"Dalam hal ini, Perdana Menteri pada Ahad turut menyaksikan penyerahan sebelas Surat Niat oleh sepuluh syarikat Malaysia, yang telah menzahirkan hasrat untuk turut serta di dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia.
"Syarikat-syarikat ini mempunyai kepakaran dan kelayakan di dalam bidang-bidang seperti E&E, automotif,
pembuatan barangan industri, pengurusan sisa, teknologi bandaraya pintar, perumahan, penjagaan kesihatan, kejuruteraan M&E, utiliti dan tenaga lestari," tambahnya.
Cadangan usahasama bagi manfaat bersama kedua-dua negara itu juga katanya turut dibincangkan di dalam pertemuan diantara MITI dengan Menteri SyarikatSyarikat Awam Indonesia, dan Menteri Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan.
"Pertemuan juga turut diatur dengan Menteri-menteri lain yang bakal ditemui esok (hari ini) iaitu Menteri Perindustrian Indonesia, Menteri Kerja Raya dan Perumahan, serta Menteri Perdagangan," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Sun Jan 08 2023
Tengku Zafrul berkata, sempena lawatan rasmi PM ke Indonesia, MITI dan agensi-agensinya yang berkaitan telah menyatakan komitmen untuk terus berusaha bagi mengembangkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan Indonesia. - Foto PMO
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tiada perubahan besar dijangka dalam industri cip selepas pilihan raya AS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Malaysia menjangka tiada perubahan besar dalam industri cip selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov 2024.
Jumlah perdagangan 2022 Malaysia-Indonesia bakal berkembang lebih 30 peratus - Tengku Zafrul
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia bagi tahun 2022 bakal berkembang lebih 30 peratus berbanding 2021.
Kementerian Kewangan pantau dan perinci bantuan sepanjang PPN - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Belanjawan 2021: Armada kemuka cadangan kepada PM
Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi perkongsian di Facebooknya berkata, beliau mewakili barisan pimpinan Armada pusat mengemukakan cadangan yang mengetengahkan kebajikan rakyat.
RM566.6 juta untuk Bantuan Prihatin Elektrik setakat 31 Julai
BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan kerajaan bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan.
Bekas Peguam Negara pernah hasrat selesai isu Goldman Sachs di luar mahkamah
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan isu Goldman Sachs Group Inc di luar mahkamah.
1.17 juta permohonan i-Lestari sudah diluluskan
Sejumlah 1.17 juta permohonan i-Lestari KWSP diluluskan melibatkan pengeluaran sebanyak RM572 juta bermula Mei ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Hampir 2,000 pegawai kesihatan baharu dilantik
Sejumlah 1,974 pegawai kesihatan pelbagai gred telah dilantik bagi membantu pasukan hadapan memerangi wabak COVID-19, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Permohonan baharu dan rayuan BPN dibayar Mei ini
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata ia melibatkan sejumlah 2.77 juta permohonan baharu dan 274,000 permohonan rayuan.
Sektor pembinaan dijangka bertambah baik - CGC
Sektor pembinaan dijangka bertambah baik dengan adanya beberapa projek utama yang sedang dilaksanakan.