KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berharap kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengambil langkah segera untuk membantu PKS, yang kebanyakannya berada dalam keadaan kritikal dari segi kewangan.
Pengerusi, Dasar dan Hubungan Kerajaan, SAMENTA, Datuk William Ng berkata, pandemik COVID-19 telah menimbulkan masalah pengaliran tunai yang teruk bagi PKS.
Katanya, walaupun statistik dari bank-bank mungkin tidak mengambarkan hal ini, PKS diakar umbi amat terkesan dan ini akan melambatkan usaha pemulihan negara.
Menurutnya, kebanyakan pembekal tidak lagi mahu memberi tempoh kredit kepada PKS, dan ini menyebabkan ramai PKS yang mahu memulakan perniagaan mereka semula, tidak dapat memperoleh bekalan dan bahan mentah.
''Pelan Pemulihan Negara haruslah merangsang permintaan dari perniagaan dan juga dari pengguna. Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.
''Oleh itu, kami mencadangkan supaya GST diperkenalkan semula pada tahun 2022, pada kadar 4 peratus. Ini lebih rendah daripada SST dan mengurangkan kebocoran hasil, tetapi juga membolehkan cukai input ditolak dari GST yang dikutip oleh perniagaan,'' katanya dalam satu kenyataan.
Ng berkata, SAMENTA juga mencadangkan supaya sempadan antarabangsa dibuka semula secepat mungkin untuk perjalanan perniagaan dan mengecualikan syarat untuk kuarantin bagi pelawat perniagaan yang divaksinasi sepenuhnya dan diuji negatif untuk COVID-19 di pelabuhan masuk. Ini akan membantu negara di dalam saingan serantau untuk menarik pelabur asing.
SAMENTA juga mencadangkan kadar cukai korporat bagi pendapatan bercukai RM 500,000 pertama untuk tahun taksrian 2021 dan 2022 dikurangkan kepada 15 peratus. Ini akan mendorong pelaburan semula dan mendorong keusahawanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PKS yang telah menggulung tikar kerana pandemik ini.
''Untuk membantu PKS dengan aliran tunai, kita harus mengecualikan bayaran HRDF hingga akhir tahun 2021 dan mengurangkan bayaran kepada 0.5 peratus untuk tahun 2022. Pada akhir tahun 2019, HRDF mempunyai baki levi sebanyak RM 1.35 bilion.
''Oleh itu, kita mampu mengecualikan PKS dari pembayaran pada tahun 2021 dan menggurangkan bayaran pada tahun 2022, tanpa menjejaskan mandat kita untuk meningkatkan kemahiran pekerja kita. Apabila perniagaan pulih, latihan dan peningkatan kemahiran akan berlaku secara organik,'' ujarnya.
SAMENTA kata beliau, merayu supaya kabinet baharu menghentikan semua operasi audit cukai untuk semua kes-kes yang disyaki sebelum 2019 hingga 2023. Biarlah PKS kami kembali pulih sebelum siasatan dan kutipan diteruskan.
Artikel asal disiarkan di DagangNews.
Dagang News
Sat Aug 28 2021
SAMENTA merayu supaya kabinet baharu menghentikan semua operasi audit cukai untuk semua kes-kes yang disyaki sebelum 2019 hingga 2023. - Foto DagangNews.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.