awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar GST harus dikurangkan, pendapatan rakyat harus ditingkatkan

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2015
13:42 MYT
Kadar GST harus dikurangkan, pendapatan rakyat harus ditingkatkan
Menurut Zakariah, antara langkah lain yang harus diambil kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat. - Gambar Fail
Kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) harus dikurangkan bagi mengimbangi peningkatan kos sara hidup masyarakat.
Menurut Pengarah Eksekutif Institusi Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid, pendapatan rakyat perlu ditingkatkan bagi meringankan beban, jika tiada pelarasan GST dibuat.
Tambah beliau GST merupakan cukai penguna yang baik.
Ia juga merupakan salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi mengelakkan peniaga daripada mengaut keuntungan.
"Saya rasa Malaysia tidak harus memansuhkan GST kerana ini merupakan sebahagian daripada reformasi.
"Sistemnya akan lebih efisien. Kita hendak struktur ekonomi menjadi lebih baik.
"Jika masyarakat berpendapat bahawa dengan adanya GST kos sara hidupnya meningkat, kerajaan harus mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengurangkan kesan GST" beliau berkata.
Zakariah berkata menerusi pengenalan GST, kerajaan harus mengurangkan cukai-cukai yang sedia ada untuk meringankan beban masyarakat.
Beliau juga berkata antara langkah lain yang harus diambil kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan rakyat.
Tambah Zakariah, Malaysia perlu fokus bukan sahaja untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi juga masyarakat yang mempunyai kualiti hidup tinggi.
Topic Berkaitan
#GST
#Kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan
#Zakariah Abdul Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan