Skip to main content

Malaysia

Anggota polis maut dalam kemalangan di Pulau Melaka

Koperal Mohd Alimi Kamarudin, 35, maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. - Facebook Polis Kontinjen Kelantan
Koperal Mohd Alimi Kamarudin, 35, maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. - Facebook Polis Kontinjen Kelantan
Advertisement

KOTA BHARU: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran Kampung Pulau Melaka di sini, petang semalam.

Mangsa, Koperal Mohd Alimi Kamarudin, 35, bertugas di Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa kenyataan rasmi berhubung kemalangan berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Advertisement

Sementara itu, kakak sulung mangsa, Siti Nuradila Kamarudin, 38, berkata keluarga menerima berita mengenai kemalangan tersebut kira-kira 5.30 petang selepas dihubungi adik ipar mereka, Fatin Khalidah Adilah Zainudin.

Sejurus menerima berita itu, seluruh keluarga bergegas ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian berkenaan.

Advertisement

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement