awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kelulusan pinjaman perumahan pada 73.8 peratus tahun lepas - ABM

Bernama
Bernama
17/03/2017
10:13 MYT
Kadar kelulusan pinjaman perumahan pada 73.8 peratus tahun lepas - ABM
Peminjam akan mempunyai peluang kejayaan jika permohonan tersebut mengambil kira kelayakan berdasarkan pendapatan sedia ada, perbelanjaan dan komitmen bayaran balik pinjaman lain. - Gambar hiasan
Kadar kelulusan pinjaman perumahan oleh bank-bank Malaysia berada pada 73.8 peratus dalam tahun lepas, kata Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM).
Kadar itu meliputi pinjaman perumahan yang telah diluluskan bank dan diterima oleh pemohon, termasuk yang telah lulus tetapi kemudian dibatalkan.
"Bank-bank biasanya tidak merangkumkan permohonan dengan dokumen-dokumen yang tidak lengkap ketika mengira kadar kelulusan/penolakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu telah dikeluarkan bagi menjelaskan komen terkini mengenai perbezaan statistik membabitkan kadar penolakan pinjaman perumahan antara bank dan pemaju, yang sememangnya dijangka, memandangkan pendekatan perangkaan yang berbeza yang digunakan oleh setiap industri.
Menurut ABM, peminjam akan mempunyai peluang kejayaan jika permohonan tersebut mengambil kira kelayakan berdasarkan pendapatan sedia ada, perbelanjaan dan komitmen bayaran balik pinjaman lain.
Katanya, pemohon juga dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan dan perlu membuktikan bahawa mereka berupaya untuk membuat pembayaran balik bulanan.
"Peraturan umumnya menyebut, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan lain-lain komitmen hutang seperti sewa beli pembiayaan, tidak boleh melebihi 40 peratus kepada jumlah pendapatan kasar," katanya.
Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peluang kejayaan yang tinggi ialah rekod kredit yang baik, serta maklumat yang lengkap dan tepat berhubung dengan kedudukan kewangan pemohon apabila memohon pinjaman rumah.
ABM berkata walaupun wujud pelbagai produk pinjaman rumah yang disediakan di pasaran, pelanggan perlu mengenal pasti kelebihan pinjaman yang berguna untuk mereka sebelum memilih produk pinjaman perumahan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#ABM
#berita Malaysia
#Persatuan Bank-Bank Malaysia
#pinjaman diluluskan
#Pinjaman Perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan