Skip to main content

Dunia

Empat juruterbang maut dalam nahas pesawat di utara Filipina

Dua pesawat SF-260 terhempas ketika menjalani penerbangan latihan di wilayah Batangas, Filipina pada Jumaat, mengorbankan empat juruterbang Tentera Udara Filipina. - Foto Sinar Harian
Dua pesawat SF-260 terhempas ketika menjalani penerbangan latihan di wilayah Batangas, Filipina pada Jumaat, mengorbankan empat juruterbang Tentera Udara Filipina. - Foto Sinar Harian

Advertisement

MANILA: Empat juruterbang Tentera Udara Filipina (PAF) maut selepas dua pesawat SF-260 terhempas ketika menjalani penerbangan latihan di wilayah Batangas, utara Filipina pada Jumaat, menurut pengesahan PAF pada Sabtu, lapor Xinhua.

PAF memaklumkan kedua-dua pesawat itu terhempas berhampiran sebuah pangkalan udara di Bandar Raya Lipa kira-kira 3.51 petang waktu tempatan pada Jumaat.

PAF menggantung sementara operasi penerbangan semua pesawat SF-260 miliknya bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca nahas itu.

SF-260 merupakan pesawat ringan yang digunakan PAF untuk latihan juruterbang.

Pada 20 Mei tahun ini, sebuah pesawat SF-260 terhempas di wilayah pergunungan Benguet di utara Filipina, mengorbankan dua juruterbang.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement