awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini

Dagang News
Dagang News
08/04/2022
01:10 MYT
Kadar sewa pejabat Lembah Klang, tahap penghunian dijangka menurun tahun ini
Pandemik COVID-19 menyebabkan konsep Bekerja Dari Rumah (WFH). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sentral Real Estate Investment Trust (REIT) menjangkakan kadar sewa dan tahap penghunian bangunan pejabat Lembah Klang akan terus mengalami tekanan menurun pada tahun kewangan 2022 (FY2022) disebabkan oleh lebihan bekalan sekarang dan jangkaan pertambahan bekalan.
Bagaimanapun, Sentral REIT yang sebelum ini dikenali sebagai MRCB-Quill REIT, berkata ia optimis pemulihan ekonomi tahun ini akan memberi kesan positif kepada pasaran ruang pejabat.
“Pengurus percaya bahawa Sentral REIT akan dapat melepasi cabaran pasaran ini kerana ia terus mempergiatkan usaha untuk mengekalkan hasil yang disokong oleh strategi berterusan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Ia berkata antara strateginya ialah pengurusan modal berhemat, pengurusan proaktif untuk memacu pertumbuhan organik, pelaburan berhemat untuk menghasilkan pertumbuhan dan kepelbagaian.
“Sentral REIT mampu mempertimbangkan semua jenis hartanah komersial sekiranya terdapat peluang untuk mempelbagaikan pada masa hadapan,” katanya.
Pada TK2021, Sentral REIT mempunyai portfolio sembilan hartanah komersial di negara ini bernilai RM2.08 bilion dengan kadar pembaharuan 66 peratus.
Dari segi penilaian, hartanah di Lembah Klang merangkumi 77 peratus daripada jumlah nilai portfolio Sentral REIT diikuti oleh Cyberjaya dengan 16 peratus dan Pulau Pinang dengan tujuh peratus. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Bekerja Dari Rumah
#Sentral Real Estate Investment Trust
#tahap penghunian bangunan pejabat Lembah Klang
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan