awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam catat pembaziran tertinggi, akan dipanggil PAC

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/09/2021
06:57 MYT
Kastam catat pembaziran tertinggi, akan dipanggil PAC
Wong berkata, setakat ini kerajaan sudah membayar sejumlah RM272.99 juta bagi projek uCUSTOM yang dimulakan pada Oktober 2013 dan diberi pelanjutan sehingga lima kali. - Sumber foto Facebook/Wong Kah Woh
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah antara yang akan dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan mengenai kegagalan menyiapkan sistem uCUSTOMS bernilai RM397.43 juta, sehingga kini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, setakat ini kerajaan sudah membayar sejumlah RM272.99 juta bagi projek yang dimulakan pada Oktober 2013 dan diberi pelanjutan sehingga lima kali.
"Kos asal pada 2013 adalah RM317.78 juta setelah lima lanjutan masa (EOT) dibenarkan, kos akhir menjadi RM397.43.
"Jumlah yang dibayar kerajaan setakat ini adalah RM272.99 juta," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Selasa.
Kata Woh, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur itu memaklumkan ia merupakan salah satu daripada 25 isu dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 yang bersifat tindakan pembaziran atau punitif. BACA SEMUA BERHUBUNG RMK-12 DI SINI
Beliau menjelaskan, PAC akan menjalankan prosiding terhadap 25 isu berkenaan yang turut melibatkan Kementerian Kewangan, dijangka dilaksanakan mulai November ini.
Katanya, PAC memandang serius peningkatan isu yang bersifat punitif dalam LKAN 2019 Siri 1 yang hanya mencatatkan 11 isu tindakan punitif.
Ekoran itu, beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan lebih bersikap agresif dan memandang serius isu-isu yang dibangkitkan dalam LKAN yang dibentangkan.
"PAC menggesa SPRM untuk melakukan siasatan dengan segera terhadap semua isu yang dikategorikan punitif.
Pun begitu beliau berpendapat, siasatan SPRM tidak akan menyebabkan berlakunya pertindihan tindakan antara PAC dan suruhanjaya itu.
Sementara itu, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid memberitahu, isu membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dicatatkan sebagai pembaziran tertinggi dalam laporan berkenaan.
Katanya, ia diikuti projek bekalan air mentah Pahang-Selangor bernilai RM71.6 juta dan projek perkhidmatan rangkaian telekomunikasi bersepadu kerajaan membabitkan RM4.89 juta.
Nik Azman turut menjelaskan pembaziran itu bermaksud bayaran dibuat untuk sesuatu projek namun projek terbabit gagal disiapkan.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Kementerian Kewangan
#Rasuah
#uCustoms
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan