KUALA LUMPUR: OCBC Bank percaya Malaysia masih berpeluang untuk mencapai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) iaitu kira-kira 5.7 peratus tahun ke tahun pada 2022, walaupun Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) merancang untuk menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya bagi tahun 2022.
"Kelebihannya ialah pemulihan penggunaan domestik di Malaysia kekal kukuh, terutama disebabkan gambaran kadar pekerjaan yang utuh pada ketika ini," kata pakar ekonominya Wellian Wiranto kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.
Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada Khamis menunjukkan kadar pengangguran Malaysia bagi Mei 2022 tidak berubah daripada 3.9 peratus pada April 2022.
Menurut Wellian, pertumbuhan ekonomi 2022 juga akan disokong oleh sektor komoditi dan semikonduktor yang sangat membantu dalam memperkukuh eksport Malaysia.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa sokongan daripada harga dan volum kedua-dua segmen ini mungkin tidak seperti sebelum ini pada tempoh suku-suku akan datang.
Reuters melaporkan pada hari Rabu, Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva berkata IMF akan menurunkan unjuran KDNK global 2022nya buat kali ketiga tahun ini, yang ketika ini diunjurkan sebanyak 3.6 peratus, dan pakar ekonomi IMF sedang memuktamadkan angka baharu.
Pada awal Mei tahun ini, IMF dilaporkan sebagai berkata ia optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang 5.75 peratus pada 2022, didorong oleh permintaan domestik yang terpendam serta permintaan luar yang terus kukuh.
Mengenai peringatan Georgieva terhadap prospek ekonomi yang suram dan tidak menolak kemungkinan berlakunya kemelesetan global tahun depan disebabkan risiko yang tinggi, Wellian mengakui yang pastinya bahawa risiko kemelesetan global telah meningkat.
"Tetapi sebagai garis panduannya, kami masih mengunjurkan lebih banyak kelembapan daripada kemerosotan besar-besaran," katanya.
Sementara itu, apabila diitanya adakah peningkatan kes COVID-19 di Malaysia akan menjejaskan unjuran pertumbuhan ekonomi negara untuk 2022, Wellian berkata dengan peningkatan kes COVID-19, terdapat risiko jelas yang pengguna mungkin mengalami kesan fobia daripada tahun-tahun sebelumnya dan mengurangkan sedikit perbelanjaan mereka.
"Tetapi secara keseluruhan, peralihan ke peringkat endemik telah berjalan dengan agak lancar disokong oleh kadar vaksinasi yang tinggi, jadi kesan ke atas penggunaan seharusnya tidak ketara.
"Itu sepatutnya membantu mengimbangi risiko luaran," katanya.
Malaysia merekodkan 3,561 kes jangkitan baharu COVID-19 pada hari Rabu, jumlah kes harian tertinggi yang dicatatkan sejak Mei 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Pemulihan penggunaan domestik di Malaysia kekal kukuh, terutama disebabkan gambaran kadar pekerjaan yang utuh pada ketika ini. - Gambar hiasan
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Malaysia sasar raih pelaburan diluluskan lebih tinggi tahun ini - Tengku Zafrul
Pertumbuhan pelaburan mempunyai perkaitan positif dengan KDNK, yang diunjur berkembang 4.0 - 5.0 peratus tahun ini.
RMK12: Tambahan RM15 bilion daripada pertumbuhan ekonomi, penjimatan dalaman
Tambahan siling perbelanjaan RMK12 sebanyak RM15 bilion bukan peruntukan yang berkonsepkan 'pinjam dan belanja' tetapi adalah hasil daripada pertumbuhan negara yang dijangka lebih baik pada 2024-2025.
KDNK 2022 Malaysia masih boleh capai 5.7 peratus walaupun IMF turunkan unjuran pertumbuhan global
Kelebihannya ialah pemulihan penggunaan domestik di Malaysia kekal kukuh, terutama disebabkan gambaran kadar pekerjaan yang utuh pada ketika ini.
Pertumbuhan ekonomi dijangka terus meningkat pada suku kedua, ketiga - Azmin Ali
Pertumbuhan 5 peratus yang dicapai pada suku pertama tahun ini, turut menjadi petunjuk bahawa prestasi ekonomi negara akan bertambah baik.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga 6.5 peratus pada 2022 - BNM
Malaysia berkedudukan baik untuk mencatatkan peningkatan susulan pemulihan dalam pertumbuhan global dan perdagangan.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada 2018 - pakar
Pertumbuhan perdagangan dan pemulihan pelaburan akan membantu merangsang ekonomi, mendapat manfaat daripada kekukuhan ringgit yang dijangka mengukuh kepada 4.02 berbanding dolar AS pada akhir 2018.
Lonjakan inovasi pacu pertumbuhan ekonomi
Ekonomi dunia menyaksikan perubahan yang ketara sejak beberapa tahun lalu dengan inovasi muncul sebagai kunci bagi memacu pertumbuhan negara.