Skip to main content

Bisnes

Kedutaan Malaysia di Budapest buka laluan pelaburan Sarawak ke pasaran Eropah

Hi gfx mohon proses TB. Malaysia Hungary. Kredit: Kedutaan Besar Malaysia di Budapest
Norafizan (tengah) bersama Duta Hungary ke Malaysia, Sandor Sipos (dari kiri) dan Lester (dua, kiri) bergambar selepas sesi forum berkenaan di Budapest pada Jumaat. - Foto Kedutaan Besar Malaysia di Budapest
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Budapest mengambil langkah strategik untuk membawa potensi ekonomi Sarawak ke pentas Eropah menerusi penganjuran Forum Perniagaan dan Pelaburan Malaysia-Hungary 2026 yang berlangsung di Budapest, Hungary.

Forum julung kali itu bertindak sebagai platform utama untuk mempromosikan peluang perdagangan serta pelaburan bernilai tinggi kepada kira-kira 60 pemimpin korporat, ahli dewan perniagaan dan pegawai kerajaan Hungary.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Budapest, Norafizan Mustaffa berkata, Malaysia berperanan sebagai pintu masuk utama ke pasaran ASEAN menerusi dasar ekonomi proaktif dan keupayaan industri yang kukuh.

"Pada masa sama, keupayaan sektor pembuatan berteknologi tinggi di Hungary menjadikan ia rakan kongsi ideal bagi syarikat Malaysia yang mahu mengembangkan pasaran ke Eropah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Datu Lester Matthew yang mengetuai delegasi negeri turut berkongsikan komitmen Bumi Kenyalang itu sebagai hab pelaburan hijau dan berpendapatan tinggi menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Menurut beliau, Sarawak menyasarkan jumlah pelaburan RM330 bilion menjelang 2030 dengan memberi fokus kepada sektor pemangkin seperti tenaga bersih, petrokimia, pembuatan maju termasuk semikonduktor, serta ekonomi digital.

Forum itu turut menampilkan penganjuran sesi padanan perniagaan serta pembentangan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Agensi Promosi Eksport Hungary.

Must Watch Video

Advertisement