Kehadiran pelabur asing di Perak membuktikan negeri itu memiliki kekuatan tarikan dari segi pelaburan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kedatangan pelabur asing ke Perak telah menyumbangkan kepada jumlah eksport yang tinggi selain menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan
"Kehadiran syarikat pembuatan kren pelabuhan dari Sweden, Bromma (Malaysia) Sdn Bhd (Bromma) di negeri ini yang menerajui 60 peratus pegangan pasaran global, telah menunjukkan negeri ini maju dalam aspek pelaburan.
Begitu juga dengan pelabur asing lain seperti Finisar Malaysia (M) Sdn Bhd dan Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid yang mewakili Menteri Besar di sini Jumaat malam.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Mohd Razali Hussain.
Mustapa berkata pembinaan taman tema animasi pertama Asia, Movie Animation Theme Park (MAPS), di bandar Meru Raya, juga dijangka dapat meningkatkan ekonomi negeri.
"Mereka telah melabur sebanyak RM500 juta dan kebanyakan pekerjanya terdiri daripada anak-anak Perak yang kesemuanya boleh berbahasa Inggeris," katanya.
Beliau berkata pencapaian Perak mampu membawa negara untuk terus maju dan menjadi antara 20 negara terbaik di dunia.
"Ia juga selaras dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50)," katanya.
Selain itu, Mustapa berkata Perak juga dipilih sebagai negeri pertama bagi penganjuran Hari Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) yang akan diadakan esok di Casuarina@Meru.
"Ini kali pertama Hari MITI diadakan di luar Kuala Lumpur dan telah memilih Perak untuk penganjuran kali kedua Hari MITI.
"Ia bertujuan untuk menghebahkan peranan MITI kepada orang ramai selain memperkenalkan agensi-agensi di bawah MITI," katanya.
Pada majlis tersebut, Mustapa turut menyampaikan anugerah ''Juara Produktivi'' kepada 10 individu daripada MPC yang menunjukkan komitmen dalam membantu meningkatkan produktiviti negara dan industri.
Antara penerima anugerah itu ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Abdul Rahim Md Ariff.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2017
MUSTAPA: Kehadiran syarikat pembuatan kren pelabuhan dari Sweden, Bromma (Malaysia) Sdn Bhd (Bromma) di negeri ini yang menerajui 60 peratus pegangan pasaran global, telah menunjukkan negeri ini maju dalam aspek pelaburan.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.