Kejatuhan nilai Ringgit tidak banyak menjejaskan eksport produk makanan dan minuman keluaran Nestle (Malaysia) Berhad berikutan penetapan perjanjian harga dengan negara pengguna yang diputuskan lebih awal.
Pengurus Pemasaran Nestle, Hoay Ling berkata lebih 100,000 metrik tan produk syarikat itu dieksport ke Indonesia, Abu Dhabi serta Eropah setiap tahun.
"Produk seperti mi segera, sos tomato dan cili serta air minuman coklat (Milo) adalah yang paling laris di pasaran global dan harga jualan yang ditawarkan juga tidak banyak berubah," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pusat Penyelidikan Pertanian Maggi di Kampung Kulim di sini, hari ini.
Majlis dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Zawawi Othman itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kelantan Aloha Sulaiman.
Menurut Hoay, harga produk keluaran syarikat itu juga tidak banyak berubah di pasaran antarabangsa berikutan sebahagian besar bahan mentahnya daripada sumber tempatan.
"Kita turut memeterai perjanjian kontrak dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang yang bersetuju membekalkan puri cili untuk dijadikan sos," katanya.
Sementara itu, Zawawi yang juga Pengerusi PPK Bukit Awang berkata pihaknya diberi kuota untuk membekalkan 300 metrik tan puri cili kepada syarikat itu mulai tahun depan.
"Kita telah mengenalpasti kawasan seluas 70 hektar untuk ditanam cili yang membabitkan seramai 100 petani.
"Petani-petani berkenaan dijangka memperoleh hasil sebanyak RM1.5 juta dalam tempoh enam bulan jika menggunakan amalan pertanian yang betul," katanya.
Bernama
Tue Nov 17 2015
Harga produk keluaran syarikat itu juga tidak banyak berubah di pasaran antarabangsa berikutan sebahagian besar bahan mentahnya daripada sumber tempatan. - Gambar hiasan
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nestle cadang ambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti Wyeth Malaysia pada harga RM165 juta
Cadangan pengambilalihan melibatkan 1.97 juta saham biasa dalam Wyeth Malaysia mewakili keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat itu.
Nestle beri amaran kenaikan harga makanan komoditi
Pengeluar makanan dan minuman (F&B) itu berkata, harga komoditi yang tinggi sebagai cabaran utama pada masa akan datang.
Beramal dan bantu komuniti memerlukan bersama #SkuadKebaikanMILO
Tradisi turun temurun oleh jenama minuman coklat malt itu merupakan misi dalam menyatukan komuniti terjejas secara dalam talian.
Anda peminat kopi? Inovasi Nestle dan Starbucks Premium Instant pasti akan buat anda teruja
Rangkaian ini merangkumi 11 jenis produk, termasuk pakej biji kopi, kopi panggang dan kisar serta kapsul kopi.
SKMM tarik balik penggantungan sementara domain madlabs.com.my
Laman berkenaan sedang diperbaiki bagi mengatasi masalah penghalaan pengguna ke laman-laman yang tidak sepatutnya.
Nestle Malaysia nafi tarik balik produk makanan bayi
Syarikat Nestle Malaysia menafikan mengenai berita mengenai penarikan balik produk makanan bayinya yang sedang viral di media sosial.
Nestle optimis capai prestasi kewangan yang lebih baik tahun ini
Nestle (Malaysia) Berhad optimis mencapai prestasi kewangan yang lebih baik tahun ini berbanding 2015.
Kejatuhan Ringgit tidak jejas eksport Nestle Malaysia
Kejatuhan nilai ringgit tidak banyak menjejaskan eksport produk makanan dan minuman keluaran Nestle (Malaysia) Berhad berikutan penetapan perjanjian harga.
Kisah Nestle: Kejayaan menerusi kepelbagaian
Kisah Nestle : Kejayaan melalui kepelbagaian
Mi segera popular keluaran tempatan bebas plumbum, selamat dimakan
Pengesahan itu dibuat berikutan isu pengharaman sementara penjualan mi segera jenama tersebut di India yang dilapor mengandungi plumbum.