KUALA LUMPUR:Kekukuhan ringgit ketika ini dijangka membawa impak positif kepada pasaran ekuiti di tengah-tengah kelemahan dolar AS, apabila petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 30.24 mata untuk ditutup bagi minggu pertama 2021 pada paras tertinggi harian 1,633.19.
Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.
Seorang penganalisis berkata ia terbukti pada Jumaat minggu yang baru berakhir ini, selepas FBM KLCI bergerak rendah semasa sesi pagi, dan ramai pembeli mencari mana-mana saham rendah dalam pasaran membangun dan langkah itu membayangkan ekuiti serantau berada di landasan untuk meningkat lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata 2021 bakal menjadi tahun yang lebih baik dengan sokongan ringgit yang kukuh, yang bakal menarik lebih ramai pelabur asing.
"Faktor-faktor yang menggalakkan termasuk sokongan pada masa akan datang dalam bentuk mudah tunai daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pengurangan kadar faedah, pelaksanaan rangsangan Belanjawan 2021, keterlibatan tinggi pelabur runcit, lantunan semula kukuh pendapatan korporat dan kenaikan harga minyak mentah dunia yang berlegar sekitar US$55 setong.
"Jangkaan umum COVID-19 dapat dibendung pada 2021 juga meningkatkan sentimen susulan berita pelaksanaan vaksinasi tidak lama lagi.
"Kekuatan ringgit yang meyakinkan berbanding dolar AS juga akan menjadi penyumbang untuk menarik pelabur asing secara berperingkat ke Malaysia pada 2021," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada data yang diperoleh bagi tahun penuh 2020, pelabur antarabangsa menjual RM24.6 bilion bersih ekuiti tempatan di Bursa Malaysia.
Nazri berkata dengan ringgit yang mencatatkan prestasi lebih baik, ia akan membawa kesan domino kerana ia menyokong banyak sektor, antara lainnya adalah komoditi yang bakal merangsang pasaran ekuiti.
"Apabila ringgit kukuh, orang akan berpusu-pusu membeli minyak sawit mentah. Apabila komoditi dalam nilai dolar AS ini menjadi murah untuk dibeli oleh peniaga, begitu juga negara-negara seperti China dan India," katanya.
Nazri berkata pelabur runcit sudah tentunya masih mendominasi dengan sokongan rangsangan daripada Belanjawan 2021 memandangkan mereka kini membentuk 37 peratus dalam pasaran dan diharapkan akan mencapai 40 peratus pada tahun ini.
Beliau berkata sektor sasaran yang akan meningkat pada tahun ini berbeza daripada tahun lepas apabila sektor yang merosot akan menjadi pemacu -- menjadi tumpuan dana asing.
"Sektor yang akan meningkat merupakan penerima manfaat dana asing seperti Telekom Malaysia, British American Tobacco, Genting, Inari dan bank-bank, selain pembinaan dan hartanah yang akan menjadi peneraju seiring dengan tenaga atau minyak dan gas," katanya.
Beliau berkata belanjawan 2021 memberikan penekanan penting kepada projek berimpak pengganda tinggi yang disambung semula seperti Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan Lebuhraya Pan Borneo dan dijangka mewujudkan impak positif seawal suku pertama 2021.
Nazri berkata menjelang akhir tahun, sasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berada pada paras 1,800, yang manaka kali terakhir dicatatkan adalah pada 2018, meskipun pada anggaran yang agak agresif iaitu nisbah 16.5 setahun, dipacu oleh penerima manfaat dana asing serta sektor-sektor kitaran.
Beliau turut menekankan beberapa kemungkinan risiko yang boleh menjejaskan keadaan misalnya ketidaktentuan politik, isu melibatkan garis masa vaksin dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.
"Risiko itu termasuk kemungkinan diadakan pilihan raya umum dan garis masa vaksin. Tidak dapat dipastikan bilakah vaksin ini akan berada di Malaysia, diharapkan tiada kelemahan dalam (pengedaran) vaksin sekiranya mereka berdepan pengalaman buruk dalam logistik kerana ia juga risiko besar," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak berputus asa dalam mengharungi cabaran besar pada 2020, dan mengatasi kebanyakan negara di rantau ini seperti Indonesia, Singapura dan Thailand meskipun FBM KLCI berada pada paras terendah dalam tempoh lapan bulan pada Februari dan Mac.
"Pada satu ketika, FBM KLCI susut 30 peratus, namun kita mampu bangkit semula dengan bantuan saham pengeluar sarung tangan dan pelabur runcit yang berdaya tahan," kata Nazri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 10 2021

Dengan ringgit yang mencatatkan prestasi lebih baik, ia akan membawa kesan domino kerana ia menyokong banyak sektor, antara lainnya adalah komoditi yang bakal merangsang pasaran ekuiti. - Gambar hiasan

Semua pekerja ladang di Sabah wajib jalani saringan COVID-19
Kerajaan Negeri Sabah mewajibkan syarikat perladangan di negeri ini untuk membuat saringan COVID-19 keatas semua pekerja ladang.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9.08 pagi, unit tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar US daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0410/0460 sewaktu ditutup semalam.

PKP 2.0: Permit perjalanan rentas daerah boleh diperoleh di mana-mana balai polis
Orang ramai boleh pergi ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk mendapatkan permit perjalanan rentas daerah, kata Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS pada pembukaan
Mata wang tempatan diniagakan tinggi 120 mata asas (bps) kepada 4.0430/0480 berbanding dolar AS.

Ringgit ditutup rendah berikutan PKP, pengisytiharan darurat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur masih tidak pasti berhubung pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dan pengisytiharan darurat.

Beri peluang generasi baharu memimpin kerajaan - Dr Hussamuddin
Generasi baharu perlu diberi peluang untk memimpin organisasi, parti atau kerajaan, kata Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

Kekukuhan ringgit dijangka bawa impak positif kepada pasaran ekuiti - Penganalisis
Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mengatasi penyusutan awalnya apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun unit negara maju itu mencatat prestasi baik.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan harga minyak mentah dan kelemahan dolar AS.

Ringgit mengukuh pada dagangan pertama 2021
Pada 6 petang Isnin, Ringgit meningkat kepada 4.0040/4.0090 berbanding Dolar Amerika.