KUALA LUMPUR: Inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan menyaksikan pertumbuhan pembiayaan lebih perlahan pada separuh kedua 2022.
Bagaimanapun, ia diunjur meningkat sekitar 5% dalam tempoh antara sebulan hingga 2 bulan akan datang, demikian menurut CGS-CIMB Research.
Namun, ia sejajar dengan pertumbuhan pembiayaan yang diunjurkan firma itu sekitar 4 hingga 5% bagi 2022.
Beliau menjangkakan pertumbuhan pembiayaan bagi industri kekal kukuh (melebihi 5%) pada Mei dan Jun 2022, dengan mengambil kira peningkatan 19.1% pembiayaan yang diluluskan pada April 2022.
"Secara dasarnya, pertumbuhan permohonan pembiayaan bagi tahun ke tahun telah melemah sejak 2 bulan lalu manakala permohonan pembiayaan pada April 2022 menguncup 0.5% tahun ke tahun.
"Oleh itu, kami melihat terdapat petunjuk awal akan berlaku pertumbuhan pembiayaan bagi industri yang perlahan dalam tempoh sederhana," katanya dalam nota kajian hari ini.
Dalam laporan monetari dan kewangan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi April 2022 menunjukkan pembiayaan bersih terus berkembang pada 4.6%.
Ini disokong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman terkumpul pada 5% (Mac: 4.6%), dalam keadaan pertumbuhan bon korporat terkumpul yang lebih sederhana.
Pertumbuhan pinjaman isi rumah terkumpul mampan pada 4.9%, mencerminkan pertumbuhan yang stabil merentas kebanyakan tujuan.
Pertumbuhan pengeluaran pinjaman pada bulan itu lebih tinggi sedikit pada 10.8% (Mac: 10.2%) di samping terdapat peningkatan dalam pertumbuhan bayaran balik pinjaman sebanyak 8.5% (Mac: 3.2%).
Bagi perniagaan, pertumbuhan pinjaman terkumpul meningkat kepada 5.7% (Mac: 4.5%), mencerminkan pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman modal kerja pada 8.3% apabila pertumbuhan pengeluaran modal kerja melebihi bayaran balik pinjaman.
Sementara itu, Kenanga Research mengunjurkan pertumbuhan pembiayaan bagi tahun ini sekitar 5 hingga 5.5% yang dilihatnya adalah munasabah sejajar dengan momentum yang ditunjukkan oleh aktiviti ekonomi.
"Dengan kenaikan OPR pada Mei 2022, kami percaya ia akan memperlahankan permohonan pembiayaan isirumah, meskipun perniagaan dijangka meneruskan permintaan untuk pembiayaan bagi memanfaatkan pemulihan ekonomi secara berterusan," katanya.
Secara keseluruhan, CGS-CIMB dan Kenanga Research bagaimanapun mengekalkan pandangan 'overweight' terhadap sektor perbankan bagi tahun ini.
*Artikel asal disiarkan di DagangNews
Dagang News
Fri Jun 03 2022

Dalam laporan monetari dan kewangan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi April 2022 menunjukkan pembiayaan bersih terus berkembang pada 4.6%. - Fail DagangNews.com

Antilompat Parti | Dewan Negara lulus RUU, sokong lebih dua pertiga
Dewan Negara pada Selasa telah meluluskan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga. Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sewaktu mengumumkan perkara itu berkata, jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Ketirisan LCS | Tubuh RCI bagi siasatan menyeluruh - Asyraf Wajdi
Kerajaan digesa segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pembelian enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion secara komprehensif dan bebas demi kepentingan rakyat Malaysia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu kenyataan berkata, perlu ada satu titik noktah yang berautoriti agar semua pihak terutamanya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat mencapai objektif asal kepada perolehan aset berkenaan.

Lumba Haram | Hukuman lebih berat akan diperkenalkan
Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dengan hukuman lebih berat dalam usaha membanteras isu lumba haram di negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak berkata, cadangan pindaan hukuman membabitkan individu terlibat lumba haram dan pihak lain yang menyokong kegiatan berkenaan.

Mahkamah | Hasanah bebas tuduhan pecah amanah RM50.4 juta
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada tuduhan pecah amanah wang AS$12.1 juta (RM50.4 juta) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
![[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022) [INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981865/thumbnails/8967789641660048710976_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh Malaysia (Jun 2022)
Kadar pengangguran pada bulan Jun menurun kepada 3.8 peratus, angka terendah sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mohd Nazlan
Najib menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Syarikat Pemula | Cradle Fund meterai memorandum dengan Microsoft Malaysia
Kolaborasi antara Cradle dan Microsoft membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menyediakan platform kepada syarikat pemula tempatan dalam membangunkan hasil inovasi di peringkat global.

Bagaimana dekriminalisasi ganja beri kesan ke atas pelancongan Thailand?
Menteri Kesihatan Thailand memberi amaran kepada pelancong bahawa ia bukan 'undangan' bagi warga asing menggunakannya secara bebas.

JBPM bakal wujudkan Mocsar di Gunung Stong dan Gunung Tahan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mewujudkan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) di Gunung Stong, Kuala Krai dan Gunung Tahan, Pahang.

Tafsiran suri rumah dalam SKSSR yang diliputi oleh Perkeso
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menjelaskan tafsiran suri rumah yang layak diliputi SKSSR yang ditadbir oleh Perkeso.

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai, 2022
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$109.2 bilion setakat 29 Julai, 2022 daripada AS$107 bilion dicatatkan pada 15 Julai, 2022.

BNM: Sistem perbankan Malaysia terus mengekalkan mudah tunai yang sihat
Dalam laporan sorotan bulanan Jun 2022 yang dikeluarkan hari ini, BNM berkata nisbah pinjaman kepada dana kekal stabil pada 81.8 peratus bagi bulan berkenaan.

Aset Rizab Rasmi Malaysia berjumlah AS$109.02 bilion pada akhir Jun 2022
Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing akan matang berjumlah AS$8.15 bilion.

IMF semak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia kepada 5.1 peratus
Unjuran terkini IMF itu lebih rendah daripada unjuran julat pertumbuhan KDNK BNM sebanyak 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022.

Ringgit secara relatif stabil berbanding mata wang rakan dagang utama - BNM
Ringgit secara relatif kekal stabil jika dibandingkan dengan mata wang rakan dagang utama Malaysia.

Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat kepada AS$107.0 bilion setakat 15 Julai
Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Firma insurans asing dilaporkan diberi tempoh hingga akhir 2023 patuhi had pemilikan ekuiti
Firma yang tidak patuh had pemilikan pada tarikh tutup ditetapkan perlu bayar kepada Dana Perlindungan Kesihatan B40.

Pentingnya ekonomi kecil, amat terbuka ada pembayaran rentas sempadan - Gabenor BNM
Bank pusat kini meneruskan pelbagai usaha di banyak peringkat seperti memautkan sistem pembayaran pantasnya, DuitNow, dengan negara-negara jiran ASEAN.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS kembali mendapat momentum pada Selasa selepas senarai gaji bukan ladang AS mencapai lebih daripada jangkaan pada Jun.

OPR: BNM mungkin naikkan 25 mata asas lagi pada mesyuarat akan datang - OCBC Bank
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan 25 mata asas lagi dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dijangka diputuskan dalam mesyuarat akan datang pada 8 September 2022, kata OCBC Bank.