Skip to main content

Bisnes

Kerajaan berisiko tanggung liabiliti RM74.5 bilion jika berlaku 'bank run' pada 2018

Tabung Haji
Kerajaan berisiko menanggung liabiliti kira-kira RM74.5 bilion pada 2018 sekiranya berlaku pengeluaran panik secara besar-besaran (bank run), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan berisiko menanggung liabiliti kira-kira RM74.5 bilion pada 2018 sekiranya berlaku pengeluaran panik secara besar-besaran (bank run), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.

Bagaimanapun, katanya, situasi pengeluaran panik itu benar-benar berlaku pada 2019 melibatkan pengeluaran bersih berjumlah RM6 bilion dalam tempoh singkat susulan pengumuman hibah pada kadar 1.25 peratus diisytiharkan bagi 2018 pada awal 2019.

“Bayangkan jika tiada hibah diisytiharkan bagi tahun 2018? Berapakah jumlah pengeluaran panik yang mungkin berlaku?,” katanya pada sesi penerangan menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) serta usaha dan tindakan yang diambil bagi memulihkan kedudukan kewangan institusi tersebut pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata, secara teknikalnya, TH ketika itu adalah tidak solven dan perlu diselamatkan. 

Katanya, keadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan (bailout) TH dengan pelan penstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya TH kembali solven serta kekal mampan untuk jangka panjang.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement