KUALA LUMPUR: Kalangan ahli ekonomi menyeru kerajaan mengkaji semula struktur cukai keseluruhan dan mencari langkah tambahan untuk meningkatkan aliran hasil.
Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah Prof Jomo Kwame Sundaram berkata walaupun mudah untuk melaksanakan semula dan menambah baik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana ia telah dilaksanakan sebelum ini, ia sendiri mungkin tidak memadai untuk menjana peningkatan hasil yang diperlukan.
"(Bukan itu sahaja) saya berpendapat, kita mempunyai satu struktur cukai yang tidak saksama dalam kedua-dua sudut pencukaian serta sudut perbelanjaan, malah, kita juga tidak mengutip begitu banyak dari segi pencukaian sebanyak yang kita belanjakan.
"Sehubungan itu, struktur cukai keseluruhan memerlukan kajian semula dan kerajaan perlu merancang cukai nilai ditambah yang lebih progresif," katanya pada perbincangan secara maya MARC360: Tinjauan dan Cabaran Ekonomi Malaysia, anjuran Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) pada Rabu.
Jomo berkata walaupun difahami bahawa kerajaan baharu tidak berupaya mengubah segalanya dalam sekelip mata, ia perlu memulakan usaha ke arah melaksanakan lebih banyak penyesuaian.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Rahimah bt Yusof yang juga pakar ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata kerajaan perlu lebih kreatif mencari pelbagai kaedah untuk menambah hasil negara.
"GST ialah alat cukai yang baik, tetapi anda perlu menilainya dengan alat lain. Lihat kepada seluruh dasar pencukaian. Bagi saya, saya tidak bersetuju dengan pengenalan semula GST hanya untuk meningkatkan hasil negara," katanya.
Mengenai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Jomo berkata kerajaan perlu mengkaji semula Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kerana ia hanya memanfaatkan sebilangan syarikat besar dan perniagaan selain memburukkan lagi ketidaksamaan ekonomi tempatan.
CPTPP ialah FTA yang ditandatangani oleh Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, Peru, New Zealand, Singapura dan Vietnam.
Perjanjian itu berkuat kuasa pada Disember 2018 bagi Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand dan Singapura, manakala Vietnam pada Januari 2019, Peru (September 2021) dan Malaysia pada 29 November 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Jomo berkata walaupun mudah untuk melaksanakan semula dan menambah baik GST kerana ia telah dilaksanakan sebelum ini, ia sendiri mungkin tidak memadai untuk menjana peningkatan hasil yang diperlukan. - Foto fail/BERNAMA

Brek mengejut punca treler terbalik, pemandu maut di Lebuhraya Utara-Selatan
Pemandu treler dikenal pasti sebagai Mohd Nor Afzam, 36 tahun, yang beralamat di Bukit Minyak, Bukit Mertajam.

Ekonomi | Cabaran ekonomi global, apa kemampuan Malaysia?
Mampukah Malaysia hadapi cabaran ekonomi global serta tambah baik pasaran buruh? Diskusi penuh bersama Firdaos Rosli, Ketua Ekonomi Bank Islam.

Bajet 2023 | Kementerian tumpu RD untuk pasarkan produk ke antarabangsa
Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memberi tumpuan kepada peruntukan serta penyelidikan dan pembangunan (RD) dalam tujuan memasarkan produk negara ke peringkat antarabangsa dalam Belajawan 2023. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ini perlu kerana negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Gunung Baling terbakar
Pemantauan dibuat pada peringkat awal mendapati kebakaran berlaku pada satu lokasi curam dan sukar diakses.

Bapa dipulau anak selepas bertukar jadi 'naga'
Dia ingin membuktikan kepada orang lain mereka boleh berjaya dan menjadi tidak konvensional dalam masa yang sama.

Pantau Kerajaan Baharu: Teknologi XR | Extended Reality (XR) potensi ekonomi untuk Malaysia
Pakar XR, Impact Lab Digital Innovation & Smart Society Taylor’s University, Faisal Athar Mohd Fadzil dan Siti Nur Dini Mahazan, Pensyarah The Design School (TDS), Impact Lab Digital Innovation & Smart Society Taylor’s University membincangkan topik teknologi ‘extended reality’ (XR) dan potensi ekonomi untuk Malaysia.

LaLiga: Raphinha, Lewandowski pastikan Barcelona berkelebihan lapan mata di puncak
Pasukan bimbingan Manuel Pellegrini berkenaan mempamerkan corak bertahan radikal sambil Pedri terlepas dua peluang berharga.

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut
Perubahan dunia perniagaan kepada norma baharu menjadi titik permulaan kepada setiap usahawan untuk mengubah strategi perniagaan demi kelangsungan syarikat. Seorang usahawan wanita turut tidak ketinggalan dalam merevolusi perusahaan penjagaan rambut ke arah pendigitalan. Pengasas Ria Group, Ria Armiati Ramlan menggunakan konsep kit penjagaan rambut profesional yang dijual melalui platform digital dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga
Babak pertama menyaksikan Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.

Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan
Lelaki berusia 29 tahun itu disahkan maut di lokasi manakala pemandu sebuah lagi lori dan treler, terselamat.

Kerajaan yakin capai keputusan suku keempat memberangsangkan - Anwar
Anwar berkata kerajaan yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan.

Ringgit ditutup paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini.

OPR boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika.... - Rafizi
Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika kadar inflasi negara mampu mereda dalam tempoh beberapa bulan ini.

Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4 peratus tahun ini
Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar.

Ringgit teruskan kenaikan, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam.

OPR: Langkah taktikal BNM untuk menyokong momentum ekonomi, kata penganalisis
BNM juga telah memainkan peranannya secara strategik bagi tempoh 2019-2022 serta terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.

BNM akan terus selaraskan OPR secara beransur sejajar peningkatan ekonomi
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalam (OPR) pada mesyuarat dasar monetarinya yang pertama bagi 2023.

OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dalam wilayah positif dan mencecah paras tertinggi harian pada Jumaat.

Ringgit cecah 4.33, hampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan
Ringgit terus mengukuh dan menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini.