Kerajaan Iran pada Isnin bertindak campur tangan dalam usaha melindung nilai matawang negara itu, rial dari terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Kadar tukaran matawang tunggal kini ditetapkan kepada 42,000 rial berbanding dolar AS.

Ia berbanding kadar tukaran rasmi yang digunakan peniaga, 60,000 berbanding dolar dan kadar rasmi sebelum ini , 37,000.

"Kami tidak mengiktiraf kadar lain," kata Naib Presiden Kanan Iran, Eshaq Jahangiri .

"Sesiapa yang berdagang dengan kadar lain akan dianggap penyeludup," tegasnya .

Dalam tempoh dua minggu mata wang Iran,rial menyusut lebih 20 peratus apabila warganya begegas melindung nilai aset mereka.

Sesetengahnya bimbang berlakunya kegagalan rundingan nuklear dan langkah sekatan ekonomi dikenakan semula.

"Kami sedang duduk mengamati kadar tukaran ini turun naik. Anda tidak boleh berniaga apabila anda memulakan hari dengan satu kadar dan berakhir kadar berbeza ," kata Ismail Kazemi, pengimport kopi Iran.

"Yang terbaik adalah tidak berbuat apa-apa sehinggalah sesuatu dilakukan," katanya.

Di pasaran pertukaran asing, ia telah menjadi lebih banyak kekalutan untuk beberapa minggu yang lalu.

Matawang Iran, rial kehilangan lebih 80 peratus berbanding dolar dalam satu hari minggu ini.