Skip to main content

Malaysia

Ibrahim Esa dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya

[TB]_Ibrahim Esa_JKR
Ibrahim memiliki pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam serta pengurusan projek pembangunan infrastruktur dan fasiliti awam selama 32 tahun. - Gambar/ JKR

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Datuk Ibrahim Esa dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Saya yakin dengan pengalaman luas dan kepakaran teknikal yang dimiliki, beliau dapat memacu kecemerlangan JKR sebagai agensi peneraju pembangunan infrastruktur negara serta memperhebat kecekapan pelaksanaan projek pembangunan negara ke tahap tertinggi," katanya.

Ibrahim, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memiliki pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam serta pengurusan projek pembangunan infrastruktur dan fasiliti awam selama 32 tahun.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement