MERSING: Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hari ini telah menandatangani Perjanjian Kerjasama untuk membangunkan projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menjadikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menjadi lembah tenusu di Malaysia.
Projek JDV ini bakal dibangunkan di atas tanah seluas 275 hektar yang terletak di Mersing, Johor.
Apabila mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2023, ia dijangka akan mengeluarkan 5.1 juta liter susu segar setiap tahun, sekaligus meningkatkan pengeluaran susu negara sebanyak 11%.
Peningkatan penghasilan susu segar ini akan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap produk susu yang diimport, yang dianggarkan bernilai RM3.9 bilion pada tahun 2019.
Selain itu, projek JDV ini juga dijangka akan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan baharu dan 30 agropreneur dalam kalangan masyarakat tempatan di Mersing JDV adalah sebuah projek perniagaan tani utama di bawah agrofood@ECER, iaitu inisiatif bersepadu untuk produk pertanian dan makanan, yang merangkumi projek pembangunan Lembah Tenusu ECER.
JDV mengambil pendekatan bersepadu yang merangkumi aktivitiaktiviti huluan, pertengahan dan hiliran. Ia meliputi semua aspek pengeluaran lembu tenusu, termasuk pembiakan haiwan, pengurusan ternakan, pemprosesan susu dan industri berkaitan seperti makanan dan nutrisi haiwan.
Projek JDV ini akan mereplikasi Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di Pahang, sebuah projek ECERDC yang telah terbukti kejayaannya.
MSCRIC adalah projek kerjasama awam-swasta yang telah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri lembu tenusu di ECER.
Dengan pelantikan Farm Fresh Sdn Bhd sebagai Syarikat Induk kepada MSCRIC, pengeluaran susu menerusi projek ini telah melepasi sasaran awal dengan penghasilan sebanyak 6 juta liter susu segar pada tahun 2020.
Ia juga telah memberi manfaat secara langsung kepada penduduk tempatan, termasuk masyarakat Orang Asli, dengan mewujudkan 275 peluang pekerjaan baharu dan 2,206 peluang keusahawanan, seperti “home dealer” dan petani satelit.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri merancang untuk mengembangkan sektor pertanian dan berhasrat menjadi pengeksport makanan utama serta “food bank” untuk negara pengeksport lain.
''Projek JDV yang dilaksanakan oleh ECERDC akan menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi hab makanan serantau, sejajar dengan Agenda Jaminan Makanan Johor, serta inisiatif Bank Makanan Johor, salah satu daripada tujuh usaha di bawah “7 Ikhtiar Makmur Johor” untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri,” kata beliau pada majlis menandatangani perjanjian di sini hari ini.
Perjanjian Kerjasama ini ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat, sementara Kerajaan Negeri Johor diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, manakala Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Datuk Dr Badrul Hisham Kassim.
Baidzawi berkata, JDV adalah salah satu komponen Lembah Tenusu ECER yang dirancang oleh ECERDC bagi mewujudkan industri tenusu yang cekap dan mampan merentasi ECER, di Jemaluang, Mersing, Setiu, Terengganu, Pahang Barat dan Lojing, Kelantan.
''Apabila digabungkan, Lembah Tenusu ECER dijangka akan menghasilkan 40% daripada pengeluaran susu segar tempatan. Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap susu yang diimport disamping menyediakan peluang pekerjaan dan keusahawanan, seperti petani satelit dan usahawan industri tenusu kepada masyarakat setempat,” kata beliau.
Melalui inisiatif agrofood@ECER, visi ECERDC adalah untuk menjadikan ECER menjadi hab pengeluaran makanan utama negara, yang akan membantu mengukuhkan jaminan bekalan makanan negara, mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport terutamanya produk tenusu, serta mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada masyarakat setempat.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Sep 18 2021
Hasni (berdiri) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Kerajaan Johor dan ECERDC (dari kiri) Datuk Badrul Hisham Kassim, Datuk Azmi Rohani dan Baidzawi Che Mat pada Sabtu. -Dagang News
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.
Johor sasar selesaikan lima projek sakit, satu terbengkalai bernilai RM682.66 juta tahun depan
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai.
Johor mohon tempat letak kereta bertingkat di HSA
Kerajaan Johor akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar tempat meletak kenderaan bertingkat dibina di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi menangani isu kesesakan.
Johor cadang tapak pelupusan sampah baharu tampung tapak terbakar
Kerajaan negeri Johor akan meneliti tindakan yang boleh diambil termasuk cadangan untuk menggunakan tapak pelupusan sampah baharu.
Johor beri amaran, jangan anjur program tidak bermoral
Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.
Johor setuju beri diskaun 80 peratus pembayaran premium tanah - Zahid
Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberi diskaun sebanyak 80 peratus bagi pembayaran premium tanah, yang bernilai RM1.6 juta.
Kerajaan negeri akan pastikan peluang pekerjaan untuk anak muda - MB Johor
Selaras dengan sasaran menjadi negeri maju menjelang tahun 2030, kerajaan negeri akan terus memastikan peluang pekerjaan kepada golongan 'anak muda' sentiasa ada di negeri ini.
10 ADUN angkat sumpah Exco Johor
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri Johor di hadapan Sultan Ibrahim Iskandar.
Penantian 11 tahun Orang Asli berakhir, dapat kembali wang pampasan tanah
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim menolak permohonan tujuh pemohon untuk memperoleh kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
UMNO, Bersatu bentuk kerajaan negeri Johor
Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa ADUN daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.