Kerajaan komited memperkenalkan dasar pemboleh sebagai pemacu baharu pembangunan yang akan menjadikan Malaysia sebagai prospek menarik bagi teknologi tinggi, ekonomi dan industri digital tokokan nilai tinggi di rantau ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dasar-dasar ini akan menggariskan peranan kerajaan sebagai pemboleh dalam memacu dan memangkinkan transformasi digital dalam sektor dan perkhidmatan berkaitan.
"Dasar-dasar ini tidak terhad kepada hanya untuk menggalakkan penggunaan teknologi tetapi juga meningkatkan keupayaan inovatif dalam mencipta teknologi, produk dan perkhidmatan buatan tempatan," katanya dalam ucap tama beliau yang bertajuk 'Memanfaatkan Potensi Ekonomi Digital' pada acara Malaysia Hub anjuran World Bank Group di Washington DC, pada Jumaat.
Bagi menerima ekonomi digital, Lim berkata, tumpuan utama kerajaan adalah pada 3A - 'availability' (ketersediaan), 'accessibility' (kebolehcapaian) dan 'acceptability' (kebolehterimaan) -- bagi memastikan persekitaran yang makmur kepada rakyat, di samping menggalakkan langkah ke arah negara keusahawanan di mana setiap orang boleh menjadi usahawan dengan cara mereka sendiri dalam era digital ini.
"Sebuah negara keusahawanan yang mengguna pakai ekonomi digital akan membolehkan negara seperti Malaysia keluar daripada perangkap pendapatan sederhana dan beralih kepada status ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.
Lim berpendapat era kerajaan mengetahui yang terbaik, terutamanya dalam menangani teknologi baharu atau mencarta masa depan digital kita, sudah lama berlalu.
"Malahan, kerajaan dilihat sebagai penghalang ke arah menguasai sepenuhnya masa depan digital.
"Atas alasan ini, kerajaan perlu menjalin perkongsian bukan hanya dengan sektor awam, tetapi juga dengan profesional dan orang ramai bagi mendapat sokongan awam," katanya.
Lim berkata perkongsian 4P yang melibatkan sektor awam, sektor swasta, kumpulan profesional dan pemegang kepentingan lain boleh menyediakan satu bentuk jaminan terhadap kegagalan dasar awam oleh birokrat.
"Kerajaan perlu memainkan peranan yang kurang penting, tumpukan kepada menyediakan persekitaran kawal selia yang telus yang menawarkan tahap sama rata dan menyediakan geran padanan kepada perusahaan seumpama itu.
"Bagaimanapun (kerajaan perlu) melabur dalam penyelidikan dan pembangunan kritikal yang sektor swasta tidak dapat atau tidak mahu menjalankannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2019
Lim menyampaikan ucap tama bertajuk Memanfaatkan Potensi Ekonomi Digital pada acara Malaysia Hub anjuran World Bank Group di Washington DC, 12 April, 2019. Facebook Kementerian Kewangan Malaysia
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.