awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang pemberian geran kepada PKS terjejas akibat banjir - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
20/01/2022
14:51 MYT
Kerajaan pertimbang pemberian geran kepada PKS terjejas akibat banjir - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kementerian sedang menantikan senarai nama usahawan yang terlibat daripada SME Corp. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan pemberian geran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda pada Disember lepas.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kementerian sedang menantikan senarai nama usahawan yang terlibat daripada SME Corp.
"Kita telah meminta senarai syarikat yang terkesan daripada SME Corp dan mereka sedang mengumpulkan senarai tersebut.
"Kita tahu usahawan PKS ini mahukan geran daripada kerajaan dan kita sedang meneliti jenis geran yang boleh disalurkan," katanya ketika menggulung perbahasan mengenai bencana banjir pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata beliau akan membawa cadangan mengenai lanjutan tempoh pengecualian faedah dan moratorium pinjaman bank kepada bank di negara ini.
Katanya ini kerana bantuan khas yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan berakhir pada 31 Jan 2022.
"Saya akan membangkitkan perkara ini dengan bank, khususnya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir," katanya.
Katanya beliau juga akan berbincang dengan semua pihak yang berkaitan untuk mengadakan pelan jangka panjang bagi membina semula infrastruktur perlu berbanding membayar kos kerosakan setiap kali banjir melanda negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Geran
#PKS
#perusahaan kecil dan sederhana
#usahawan mikro
#SME Corp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan