KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi komited untuk menggalakkan penyertaan syarikat serta pelabur dari Mesir dan Qatar bagi memanfaatkan fasiliti Bandar Getah Kedah selain mengambil peluang daripada pasaran berpotensi di ASEAN.
Menurut Majlis Getah Malaysia dalam satu kenyataan, ini berikutan misi kementerian baru-baru ini ke Mesir dan Qatar yang diketuai oleh Menteri Datuk Zuraida Kamaruddin untuk mengenal pasti potensi pasaran termasuk peluang perkongsian bagi sektor getah di Timur Tengah dan ASEAN.
"Syarikat-syarikat dan pelabur dari kedua-dua rantau ini akan dapat meneroka kemungkinan membentuk perkongsian dengan syarikat Malaysia dalam sektor getah seperti dalam pembuatan produk getah.
"Sebagai contoh, Qatar dapat meneroka kemungkinan membentuk kerjasama, terutamanya dalam pembuatan tayar kerana Malaysia kini mengimport tayar bernilai lebih daripada RM2 bilion (AS$830 juta), oleh itu, kerajaan sangat menyokong pembuatan tayar," kenyataan itu memetik Zuraida hari ini.
Zuraida berkata para pelabur dapat memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu daripada pengeksport utama produk getah dan perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN lain (AFTA), yang mana, kebanyakan produk getah di kalangan anggotanya mempunyai tarif import sifar.
Pada 2021, Malaysia mengeksport produk getah bernilai AS$15.9 juta kepada Qatar, mencerminkan kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 110 peratus dari 2019 hingga 2021.
Sarung tangan getah adalah produk utama yang dieksport ke Qatar dari Malaysia dengan 70 peratus bahagian pasaran dan nilai eksport sebanyak AS$14.4 juta, manakala produk getah lain yang dieksport termasuk hos, penutup, dapra dok dan kasut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

ZURAIDA: Syarikat-syarikat dan pelabur dari kedua-dua rantau ini akan dapat meneroka kemungkinan membentuk perkongsian dengan syarikat Malaysia dalam sektor getah seperti dalam pembuatan produk getah. - Gambar fail/Astro AWANI

Imigresen Perak tahan 101 warga asing
Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 101 warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta melanggar syarat Pas Lawatan.

"Sila selesaikan masalah dalaman dulu" - Gerakan selar Presiden UMNO
Gerakan gesa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelaskan segala dakwaan dibuat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Peniaga perlu pamer harga upah potong ayam dengan jelas
Perkhidmatan potong ayam tidak salah, tetapi pelanggan ada hak untuk menolaknya.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Harga Ayam | Harga ditetapkan ambil kira semua peringkat - KPDNHEP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan kerajaan telah mengambil kira kepentingan semua peringkat, daripada penternak hingga ke pembeli.

Panggung Wayang | Pas Kelantan kekal dengan keputusan tiada keperluan
Kerajaan Pas Kelantan kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan panggung wayang dibuka di negeri itu kerana ia bukan suatu keperluan.

Hari Kemerdekaan | Rakyatkan sambutan 'Keluarga Malaysia teguh bersama'
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa sarankan Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan, dengan melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga.

Politik | Zahid tidak minta saya tandatangan SD - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kerjasama Media | Cantas pengaruh pemberitaan media asing
Kerjasama institusi media Malaysia dan Indonesia perlu diperkukuhkan lagi dalam usaha mencantas pengaruh pemberitaan media asing termasuk dari segi kebudayaan, isu-isu global serta berita tidak benar. Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berpandangan, usaha itu bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara, tetapi turut mampu mengangkat kredibiliti media perdana.

Operasi SAR | Pemancing hilang ditemui selamat
Seramai 10 pemancing bersama tiga kru yang dikhuatiri hilang di laut selepas bot dinaiki mereka tidak kembali ke daratan seperti yang ditetapkan ditemui selamat. Kesemua mereka berlepas ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu Kuala Besut dan sepatutnya pulang pada Rabu.

Kerajaan tarik pelabur dari Mesir dan Qatar untuk sektor getah - Zuraida
Ia bagi memanfaatkan fasiliti Bandar Getah Kedah selain mengambil peluang daripada pasaran berpotensi di ASEAN.

Permintaan getah dijangka terus meningkat dipacu kesedaran pasca pandemik - MRC
Aliran permintaan terhadap getah bagi tahun ini dijangka terus meningkat, didorong oleh kesedaran tinggi pasca pandemik COVID-19 termasuk aspek berkaitan kebersihan.

Daroyah Alwi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi MRC, berkuat kuasa 1 Oktober
Dr Daroyah Alwi dilantik sebagai Pengerusi Majlis Getah Malaysia (MRC) yang baharu, menggantikan Datuk Raja Idris Raja Kamaruddin berkuat kuasa 1 Oktober lalu.

MRC sumbang RM2.29 juta bagi bantu sektor kesihatan negara
Sumbangan yang dibuat menerusi PAPISMA itu turut memperuntukkan RM1.5 juta untuk pembelian 10 mesin ventilator bagi hospital terpilih.