PUTRAJAYA: Kerajaan sanggup menanggung subsidi dalam jumlah besar iaitu sehingga RM77.3 bilion yang diunjurkan tahun ini bagi menstabilkan harga barang serta mengelakkan kadar inflasi Malaysia daripada melonjak sehingga 11.4 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kerajaan mempunyai pilihan untuk menghapuskan subsidi dan mengukuhkan kewangan negara pada paras lebih baik namun memilih untuk terus menanggung subsidi demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.
Katanya, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tentang tiada kenaikan tarif air dan elektrik serta harga ayam tidak diapungkan pada 24 Jun lepas, menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan untuk mengekalkan subsidi.
Merujuk kepada unjuran perbelanjaan subsidi kepenggunaan berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022, beliau berkata RM51 bilion daripadanya meliputi komponen terbesar bagi perbelanjaan subsidi bahan api, minyak masak, elektrik, air, ayam dan telur menyaksikan kerajaan memainkan peranan penting dalam menstabilkan harga barangan di pasaran.
"Tanpa subsidi ini (RM51 bilion), maka inflasi 2.8 peratus pada Mei 2022 mungkin menjadi 11.4 peratus. Ini menggambarkan peranan dimainkan subsidi yang diberikan kerajaan dalam menstabilkan harga di negara kita," katanya pada sidang media selepas melancarkan Statistics Data Warehouse 2.0 (StatsDW) di sini hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz pada 25 Jun berkata angka RM77.3 bilion meliputi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) (RM37.3 bilion); minyak masak (RM4 bilion); tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, serta bil subsidi (RM9.7 bilion), serta ditambah dengan bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) (RM11.7 bilion) dan lain-lain subsidi (RM14.6 bilion).
"Tanpa subsidi sudah pasti kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik tetapi kerajaan mengambil kira keperluan rakyat jadi kerajaan berbelanja (subsidi) untuk kesejahteraan rakyat dan untuk membantu meringankan beban rakyat," kata Mustapa.
Mustapa tidak menolak kemungkinan pemberian subsidi terbesar itu akan memberi kesan kepada defisit fiskal negara, dan kerajaan perlu melihat kepada langkah penjimatan.
"Sudah pasti (subsidi) akan beri tekanan kepada perbelanjaan negara, jadi kerajaan perlu melihat kepada langkah penjimatan iaitu berkaitan dengan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan kekal kukuh," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan mempertimbangkan untuk menangguhkan pelaksanaan projek mega bagi menjimatkan perbelanjaan, Mustapa berkata biarpun tiada keputusan muktamad mengenainya namun menekankan mengenai langkah penjimatan dilaksanakan susulan krisis global ketika ini.
"Kerajaan belum putuskan lagi sama ada untuk menangguh pelaksanaan projek mega memandangkan keadaan agak dinamik dan berubah dari semasa ke semasa," katanya merujuk kepada harga minyak dunia yang tinggi dan krisis geopolitik Ukraine-Rusia tidak menentu.
Perbelanjaan mengurus ialah perbelanjaan semasa atau perbelanjaan berulang kerajaan bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran negara manakala perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan yang dilibatkan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial negara seperti pembinaan sekolah dan infrastruktur.
Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa berkata keperluan untuk menyimpan data dalam satu gudang tunggal menjadi semakin penting dalam mendepani isu global seperti sekuriti makanan dan kadar inflasi, dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berperanan untuk menterjemah dan menyusun statistik berkaitan.
"Dengan ketersediaan pelbagai statistik dalam StatsDW DOSM, analisis data dapat dilaksanakan dengan tepat dan efisien," katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
StatsDW 2.0 adalah kesinambungan dan penambahbaikan daripada StatsDW yang dilancarkan pada 2016, iaitu satu solusi bagi menampung limpahan data dari pelbagai sumber selain menggalakkan perkongsian data antara agensi sektor awam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Mustapa berkata, kerajaan mempunyai pilihan untuk menghapuskan subsidi dan mengukuhkan kewangan negara namun memilih untuk terus menanggung subsidi demi kesejahteraan rakyat. - Gambar/ Bernama

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.
COP28: Alam punah, kesihatan manusia parah
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop membawa perkembangan hari ketiag Persidangan COP28 di Dubai yang menjadikan sektor kesihatan sebagai tumpuan perbincangan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut ditanyakan mengenai hubung kait perubahan iklim dan juga kesihatan manusia.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.
[TERKINI] Bekas menteri Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.

COVID-19: Wujud trend peningkatan kes dalam negara sejak November 2023
Menurut data rasmi daripada laman sesawang KKMNOW, negara catat aliran peningkatan kes pada kadar 10 peratus.

Malaysia catat penemuan cari gali lebih 1 bilion tong minyak setara pada 2023
Petronas berkata, kejayaan berkenaan hasil daripada program cari gali yang dipergiatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Putera Albert II berlepas ke Singapura, akhiri lawatan ke Malaysia
Putera Monaco Putera Albert II berlepas ke Singapura hari ini selepas mengakhiri lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.

RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Dekan Universiti UCSI tersenarai penyelidik paling banyak dirujuk di dunia
Dekan Universiti UCSI, Prof Dr Ooi Keng Boon tersenarai sebagai penyelidik paling banyak dirujuk di dunia

Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.

Monaco sedia jalin lebih banyak kerjasama dengan Malaysia
Monaco bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam lebih banyak bidang yang boleh memanfaatkan kedua-dua negara pada masa akan datang.

Gaji rendah, kurang pendedahan faktor Malaysia kurang pakar keselamatan siber
Faktor gaji dan kurang pendedahan kepada kerjaya bidang keselamatan siber dilihat antara faktor Malaysia kekurangan pakar dalam bidang berkenaan.

Putera Albert II tiba di Malaysia untuk lawatan negara
Putera Monaco Putera Albert II berangkat tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara pertama selama empat hari ke Malaysia.

Hubungan Malaysia-Indonesia tambah erat dalam setahun pemerintahan Anwar
Hubungan Indonesia-Malaysia bertambah erat sepanjang setahun pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam usaha menyatukan ummah di kedua-dua negara serta rantau ASEAN.