KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan memandangkan banyak perubahan positif dilihat dalam tempoh beberapa bulan lepas.
"Kita selesa dengan keputusan suku keempat. Saya harap kita boleh mengekalkannya," katanya menerusi temu bual bersama Bloomberg TV pada Isnin, apabila ditanya sama ada kerajaan akan mengekalkan sasaran 4-5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2023.
Menurut laman web BNM, bank pusat akan mengumumkan keputusan Suku Keempat KDNK 2022 pada 10 Feb, 2023.
Sementara itu, Anwar berkata beliau percaya kerajaan yang mengamalkan tata kelola dan akauntabiliti demokrasi yang baik akan dapat menarik lebih banyak pelabur.
"Jika anda memiliki sistem dengan dasar yang sangat jelas untuk menarik pelaburan, (beserta dengan) kemudahan untuk menjalankan perniagaan, pantas, cekap dan tidak ada amalan rasuah, pelabur akan datang," katanya.
Apabila ditanya sama ada pentadbiran beliau akan mengekalkan defisit fiskal pada 5.5 peratus daripada KDNK bagi 2023, Anwar berkata kerajaan perlu mengurangkan defisit secara beransur-ansur tetapi tanpa mengorbankan kebajikan awam atau pendidikan dan kesihatan golongan miskin.
"Jadi, kami perlu menanganinya dengan sangat berhati-hati," katanya sambil mendedahkan bahawa sasaran defisit akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang dipinda, pada 24 Feb, 2023.
Bagaimanapun, katanya, Malaysia bernasib baik kerana hasil daripada cukai telah meningkat sedikit beserta dengan cukai daripada petroleum dan gas.
Mengenai pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) Anwar menolak kemungkinan pelaksanaan cukai itu buat masa ini berikutan status pendapatan semasa di Malaysia.
"GST kekal sebagai sistem percukaian paling telus dan cekap...masalahnya apabila terdapatnya kemiskinan tegar dan rakyat langsung tidak mendapat gaji minimum, bagaimana boleh kita laksanakan sistem percukaian yang telus?" soalnya.
Namun begitu, beliau tidak menolak melaksanakan semula GST sekiranya purata paras pendapatan di negara ini meningkat kepada RM3,000-RM4,000.
Mengenai penyelesaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Goldman Sachs Group Inc, perdana menteri menggesa institusi kewangan utama global itu untuk menyelesaikannya dengan Malaysia.
"Saya berharap agar mereka dapat menyelesaikannya dengan Malaysia kerana 1MDB dikenali di seluruh dunia. Saya fikir Goldman Sachs perlu memberitahu perkara yang sebenarnyanya dan berurusan dengan Malaysia," katannya.
Bloomberg melaporkan pada 2020, Goldman Sachs mengakui peranannya dalam kes rasuah asing terbesar dalam sejarah penguatkuasaan Amerika Syarikat, mencecah penyelesaian antarabangsa berbilion dolar untuk menamatkan penyiasatan ke atas pengumpulan dananya bagi 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Anwar berkata beliau percaya kerajaan yang mengamalkan tata kelola dan akauntabiliti demokrasi yang baik akan dapat menarik lebih banyak pelabur. - Gambar fail

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana system pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia itu telah disampaikan kepada OIC yang bersedia membantu dari segi perhubungan Malaysia dengan Kerajaan Afghanistan.

Nilai kesederhanaan, kemanusiaan dalam Ramadan perlu disebar luas
Mesej bulan Ramadan yang mengangkat nilai kesederhanaan dan kemanusiaan merentasi sempadan agama, kelompok dan golongan kurang berkemampuan perlu disebarkan secara meluas.

Muafakat Kerajaan Perpaduan wajar dicontohi negara - Senator
Konsep perpaduan dan muafakat politik yang dipamerkan kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dijadikan contoh dalam pentadbiran setiap kerajaan negeri.

Islamofobia: Harus ada kesediaan di peringkat antarabangsa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia.

Presiden Singapura menghadap Sultan Nazrin
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang juga Canselor Universiti Malaya (UM).

PM Anwar, isteri selesai mengerjakan umrah
Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja tiga hari di negara itu atas undangan kerajaan Arab Saudi.

Pelajar Malaysia jadi mutawif bimbing delegasi PM Anwar tunai umrah
Seorang pelajar Malaysia teruja apabila dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Anwar dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah hari ini.

Kenyataan Mahathir menjawab 'serangan' beliau terhadap Anwar - Nazri
Mengimbau peristiwa Ops Lalang, Mohamed Nazri memberitahu ketika itu beberapa exco Pemuda UMNO juga ditahan dalam operasi tersebut.

Hayati sambutan Hari Air Sedunia dalam usaha pastikan sumber air dijaga - PM Anwar
Hari Air Sedunia hari ini mesti dihayati dan diinsafi dalam usaha memastikan sumber air dijaga serta dimanfaatkan sebaik mungkin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbetul naratif, kefahaman pakej rangsangan ekonomi tidak berhemah - Mohd Syahir
Malah pihak pembangkang ketika itu turut menggesa kerajaan untuk menambah suntikan dana yang disediakan dalam pakej ransangan ekonomi.