awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja-kerja di projek Gateway Klang dihentikan sementara waktu - Vivocom

Bernama
Bernama
05/06/2017
11:26 MYT
Kerja-kerja di projek Gateway Klang dihentikan sementara waktu - Vivocom
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Vivocom berkata setakat ini, kumpulan itu tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai pembatalan daripada CRCC bagi kontrak tersebut. - Gambar fail
Vivocom Intl Holdings Bhd berkata ia menghentikan sementara waktu kerja-kerja di projek Gateway Klang untuk memudahkan perbincangan yang sedang dilaksanakan antara pemilik projek dan China Railway Construction Corporation (CRCC).
Syarikat itu mengulas laporan berita baru-baru ini yang menyatakan subkontrak Vivocom bagi Gateway Klang (sebelum ini dikenali sebagai One Gateway Klang), tergendala disebabkan kelewatan pembayaran oleh pemaju projek, Lagenda Erajuta Sdn Bhd kepada kontraktor utama, CRCC Malaysia Bhd, anak syarikat tempatan CRCC.
CRCC Malaysia telah menyerahkan kerja-kerja subkontrak kepada Vivocom.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Vivocom berkata setakat ini, kumpulan itu tidak menerima sebarang surat rasmi mengenai pembatalan daripada CRCC bagi kontrak tersebut.
"Bagaimanapun, kumpulan telah menghentikan sementara waktu kerja-kerja di tapak kontrak, sementara menunggu arahan lanjut daripada CRCC.
"Lembaga Pengarah mengambil maklum berhubung tanggungjawabnya di bawah keperluan penyenaraian mengenai pendedahan perkembangan penting dan akan membuat pengumuman yang perlu selepas menerima pemberitahuan rasmi daripada CRCC, jika ada, mengenai perkara tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#China Railway Construction Corporation
#CRCC
#Gateway Klang
#penyenaraian
#projek
#Vivocom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan