KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd melonjak kepada RM82.14 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2021 daripada RM3.15 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas berikutan kenaikan harga minyak dan jumlahnya yang lebih tinggi.
Pendapatan meningkat kepada RM5.14 bilion berbanding RM2.93 bilion manakala pendapatan asas sesaham naik kepada 8.30 sen daripada 0.40 sen.
Mengulas mengenai prestasi syarikat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Azrul Osman Rani berkata perniagaan Petronas Dagangan kini bertambah baik secara beransur-ansur dari tahun lepas bagaimanapun ia kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan ketika ini dan akan terus mengoptimumkan sumbernya.
"Kami juga akan terus melihat kepada kepelbagaian portfolio kami sambil memanfaatkan perkongsian strategik serta platform digital yang dapat menyokong strategi berdaya tahan Petronas Dagangan untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan.
Azrul berkata seiring dengan mempercepatkan segmen bukan bahan bakarnya, perniagaan runcit akan memperluaskan sudut sedia untuk dimakan di Kedai Mesra ke 80 lokasi di seluruh negara pada akhir tahun ini.
Petronas Dagangan juga akan memanfaatkan platform digitalnya untuk menawarkan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan melalui integrasi program kesetiaan Mesra dengan aplikasi Setel.
Pada suku yang sama, syarikat itu memperkenalkan aplikasi mudah alih Gas Petronas di kawasan terpilih di Lembah Klang untuk memudahkan pesanan gas memasak.
"Pandemik yang berpanjangan kekal menjadi risiko utama bagi Petronas Dagangan. Namun, kami menjangkakan pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai kelonggaran sekatan perjalanan akan membantu mendorong aktiviti ekonomi.
"Kami akan terus memantau trend pasaran untuk peluang pertumbuhan dan mempercepatkan kempen pemasaran yang disasarkan kami," kata Azrul.
Petronas Dagangan mengisytiharkan dividen interim 10 sen sesaham biasa untuk suku kedua.
Pada penutupan hari ini, saham Petronas Dagangan meningkat 0.43 peratus kepada RM18.80 dengan 78.400 saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Petronas Dagangan juga akan memanfaatkan platform digitalnya untuk menawarkan pengalaman lebih lancar kepada pelanggan melalui integrasi program kesetiaan Mesra dengan aplikasi Setel.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
OpenAI dilaporkan tidak akan jana keuntungan hingga 2029
Walaupun syarikat dinilai tinggi, masih ramai yang mempersoalkan janaan wang untuk syarikat, selain bagaimana ia akan menjana keuntungan.
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
Telegram meraih dana AS$330 juta melalui jualan bon
CEO Telegram menyatakan permintaan bon Telegram adalah tinggi, dan ia telah dilanggan lebih tinggi berbanding sasaran.
UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen
Namun keuntungan syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur terkemuka itu turun 34.1 peratus ekoran tekanan inflasi global dan peningkatan kos operasi.
Tahun Naga beri 'ong' buat peniaga
Tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan.
AirAsia X: Prestasi kewangan pulih, keluar dari status PN17
AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2023.
Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023
Keuntungan dianggarkan mengukuh pada 2023, didorong oleh perkembangan positif termasuk meningkatnya permintaan untuk perjalanan udara.
Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Untung suku pertama Bursa Malaysia dalam jangkaan - Analisis
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 sememangnya berada dalam jangkaan, menurut penganalisis.