Skip to main content

Malaysia

Banjir kilat landa Shah Alam, Klang, Persimpangan Bukit Raja ditutup

Hujan lebat berterusan pada Selasa menyebabkan beberapa kawasan dan laluan utama di Shah Alam serta Klang dilanda banjir kilat.- Gambar media sosial
Hujan lebat berterusan pada Selasa menyebabkan beberapa kawasan dan laluan utama di Shah Alam serta Klang dilanda banjir kilat.- Gambar media sosial
Advertisement

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan pada Selasa menyebabkan beberapa kawasan dan laluan utama di Shah Alam serta Klang dilanda banjir kilat, sekali gus mengakibatkan gangguan trafik termasuk penutupan Persimpangan Bukit Raja di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas ialah Bukit Rimau dengan beberapa laluan dinaiki air sehingga mengganggu pergerakan kenderaan.

Berdasarkan perkongsian pengguna di platform Threads,  dikongsikan pengguna Threads, @sumantriisa, dengan kredit asal kepada pengguna Facebook, Ahmad Pintu, memaparkan keadaan laluan keluar Plaza Tol Kota Kemuning menghala ke Klang yang dinaiki air.

Advertisement

Keadaan itu dilaporkan menjejaskan kelancaran trafik apabila sebahagian laluan tidak dapat dilalui seperti biasa.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad menerusi kemas kini di platform X pada jam 5.53 petang memaklumkan, Persimpangan Bukit Raja arah selatan di NKVE menuju ke Seksyen 7, Shah Alam, ditutup susulan kejadian banjir kilat.

Advertisement

Menurut pengendali lebuh raya itu, air turut melimpah di kawasan luar fasiliti penyelenggaraannya berhampiran Seksyen 7 dan i-City, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Beberapa lebuh raya utama lain di Selangor turut dilaporkan mengalami kesesakan susulan kejadian banjir kilat pada petang Selasa.

Must Watch Video

Advertisement