Khazanah Nasional Bhd dan Temasek Holdings (Private) Ltd mengumumkan kejayaan menyiapkan dua projek pembangunan ikonik bersama di Singapura, dengan pelancaran rasmi Marina One dan DUO oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Kejayaan menyiapkan dan melancarkan perasmian Marina One dan DUO, yang memiliki gabungan nilai pembangunan kasar kira-kira RM33 bilion, adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang dimanfaatkan daripada hubungan dua hala yang kukuh dan telah lama terjalin antara kedua-dua negara.
"Kejayaan menyiapkan projek pembangunan bersama bertaraf dunia oleh Khazanah dan Temasek membuktikan apa yang kita boleh capai menerusi kerjasama dan perkongsian erat yang memanfaatkan kekuatan dan faktor-faktor saling melengkapi antara kedua-dua negara, dalam hal ini gabungan kekuatan dan nilai-nilai kompetitif Iskandar Malaysia dan Singapura," kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, di sini.
Marina One dan DUO juga menjadi bukti kerjasama erat antara Khazanah dan Temasek, serta komitmen dan keupayaan mereka untuk memajukan bersama dua projek ikonik utama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Pembangunan Marina One dan DUO, masing-masing terletak di Marina South dan Ophir-Rochor dilaksanakan M+S Pte Ltd.
Syarikat berkenaan dimiliki secara bersama oleh Khazanah dan Temasek, susulan satu pemetraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura pada 2011.
Marina One and DUO adalah projek pembangunan bersepadu melibatkan komponen pejabat, runcit dan residensi.
Ia sudah memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan melibatkan reka bentuk lestari dan mesra alam.
Sementara itu, Bernama melaporkan, apabila ditanya mengenai sama ada peranan M+S Pte Ltd akan diperluaskan lagi selain daripada dua pembangunan di Singapura itu, Azman berkata: "Masih terlalu awal untuk menyatakan pada tahap ini."
Azman berkata demikian ketika ditemui selepas acara pelancaran tersebut di sini.
"Sama ada akan ada lagi bukan terpulang kepada kami untuk menyatakannya kerana kami ada perjanjian pemegang saham untuk melaksanakan ini. Tetapi untuk melaksanakan ini bukan bermakna hanya pembangunan, ia juga tentang pengurusan hartanah kerana kami perlu mengekalkan sewaan, pajakan dan penyewa... yang berterusan,” katanya.
Beliau menambah, M+S Pte Ltd akan meneruskan peranannya sebagai pengurus hartanah bagi pembangunan ini untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Astro Awani
Mon Jan 15 2018
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong menekan butang ketika merasmikan pembukaan Marine One dan DUO di Marina One hari ini. - fotoBERNAMA
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Khazanah, Temasek rai projek pembangunan ikonik bersama di Singapura
Kejayaan menyiapkan dan melancarkan perasmian Marina One dan DUO adalah hasil kerjasama antara Malaysia dan Singapura yang dimanfaatkan daripada hubungan dua hala yang kukuh dan telah lama terjalin.