ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Oktober 2026.
Dua pelajar senior didakwa bunuh pelajar tingkatan dua di asrama
Dua remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah sukan di Kuala Pilah, dua minggu lalu.
Jerebu: 38 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Sebanyak 38 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
- Radzi gesa kerajaan naikkan elaun penjawat awam dalam Belanjawan 2027
Kerajaan digesa semak naik kadar elaun penjawat awam, khususnya Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), supaya lebih selari dengan peningkatan kos sara hidup semasa. Myanmar sedia terima hingga 4,000 lagi rakyatnya - PM Anwar
perkara itu dimaklumkan Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing dalam pertemuan dua hala mereka di Bangunan Perdana Putra hari ini.
Isu jerebu: Prabowo setuju ambil langkah perlu - PM Anwar
Malaysia telah menawarkan kerjasama kepada Indonesia dan meningkatkan operasi pembenihan awan serta hujan bagi mengurangkan kesan jerebu.
Inkues Zara Qairina: 42 audio jadi bukti, ibu dedah perbualan terakhir sebelum insiden
Noraidah berkata beliau memindahkan kesemua audio tersebut ke dalam komputer riba sebelum telefon bimbitnya diambil polis.
AGC bantah permohonan Abdul Azeez cabar keputusan LHDN batal perjanjian penyelesaian cukai
Jabatan Peguam Negara membantah permohonan Abdul Azeez untuk semakan kehakiman terhadap LHDN berhubung pembatalan perjanjian penyelesaian cukai RM4.8 juta.
Tiada alternatif meyakinkan punca 'pemimpin rasuah' kekal raih sokongan Melayu - Ibrahim Ali
Kegagalan parti politik alternatif untuk membuktikan integriti menjadi punca sebahagian besar pengundi Melayu dilihat seolah-olah 'kembali' menyokong pemimpin yang dikaitkan skandal rasuah.
Menyingkap sejarah ISA, Ibrahim Ali kenang sifat Tun Hasmah penuh kelembutan, tidak prejudis
Di sebalik ketegasan politik yang sering dikaitkan suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pula dikenang kerana ketinggian budi pekerti serta tidak pernah menjadikan perbezaan ideologi sebagai tembok pemisah.
MCMC terima aduan salah guna AI hasilkan video berunsur seksual
MCMC memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkaitan dalam menjalankan siasatan kes itu termasuk Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan serta Polis Diraja Malaysia.