awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khazanah tidak bimbang dengan pembatalan gabungan

Bernama
Bernama
14/01/2015
13:31 MYT
Khazanah tidak bimbang dengan pembatalan gabungan
Azman berkata, pasaran juga telah menerima keputusan itu secara positif apabila harga saham bank itu meningkat antara 13 dan 14 peratus sejak laporan gabungan itu berpotensi dibatalkan, tersebar. - Gambar Fail
Pemegang saham terbesar CIMB Group Holdings Bhd, Khazanah Nasional Bhd, tidak bimbang dengan pembatalan gabungan itu dan percaya dengan tadbir urus korporat bank berkenaan.
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata akan terdapat peluang lain yang baik untuk CIMB bergabung pada masa depan.
"CIMB selama ini telah membukti kemampuannya bukan sahaja untuk mengambil alih, tetapi juga untuk mengintegrasi," katanya kepada pemberita di Kajian Tahunan Ke-11 Khazanah di sini, hari ini.
Azman berkata, pasaran juga telah menerima keputusan itu secara positif apabila harga saham bank itu meningkat antara 13 dan 14 peratus sejak laporan gabungan itu berpotensi dibatalkan, tersebar.
CIMB Group, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd mengumumkan hari ini yang mereka telah menghentikan perbincangan mengenai cadangan gabungan dan pewujudan bank Islam mega disebabkan keadaan ekonomi semasa.
CIMB Group dan RHB Capital telah menarik balik permohonan mereka kepada Bank Negara Malaysia dan perjanjian eksklusiviti yang dimeterai oleh pihak terbabit telah dibatalkan dengan penghentian perbincangan berkenaan.
Topic Berkaitan
#CIMB Group Holdings Bhd
#Kajian Tahunan Ke-11 Khazanah
#khazanah nasional bhd
#Pengarah Urusan Khazanah
#Tan Sri Azman Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan