Skip to main content

Malaysia

Malaysia zahir ucapan takziah atas kematian anggota pengaman Serbia di selatan Lubnan

PUTRAJAYA, 22 Julai -- Rakaman gambar logo Wisma Putra ketika tinjauan selepas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa Pelajar Bangladesh Malaysia untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Bangladesh, di Wisma Putra, hari ini.  Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  --foto
Malaysia menyatakan solidariti bersama UNIFIL dan mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan yang menyasarkan pasukan pengaman PBB. - Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia menzahirkan ucapan takziah mendalam kepada keluarga dan kerajaan Serbia atas kehilangan nyawa seorang anggota pengaman Serbia yang berkhidmat dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Khamis akibat kecederaan dialami susulan insiden berhampiran Marjayoun di selatan Lubnan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Malaysia turut berharap dua anggota pengaman dari El Salvador dan Sepanyol yang cedera dalam insiden pada 3 Jun itu cepat sembuh.

Menurut kementerian itu, Malaysia menyatakan solidariti bersama UNIFIL dan mengecam sekeras-kerasnya serangan berterusan yang menyasarkan pasukan pengaman PBB.

“Serangan terhadap pasukan pengaman serta orang awam ini berpunca secara langsung daripada pelanggaran Israel terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Lubnan, dan tidak boleh dijustifikasi dalam apa keadaan jua,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Malaysia menggesa agar keganasan ini dihentikan dan menyeru semua pihak untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, bagi memastikan keselamatan pasukan pengaman PBB dan orang awam di Lubnan.

 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement