Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk kategori keseluruhan serta kategori 'Lebih 20 Juta Penumpang', menewaskan hab lain di rantau ini.
Anugerah Pemasaran Laluan Asia tahunan itu dianggap sebagai penghargaan tertinggi dalam pembangunan laluan dan industri penerbangan kerana mereka diundi dan diadili oleh komuniti perancangan rangkaian syarikat penerbangan.
Ia mengiktiraf perkhidmatan pemasaran cemerlang yang telah menyokong pelancaran laluan udara baharu atau pembangunan perkhidmatan sedia ada, kata MAHB dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pada 2017, sembilan syarikat penerbangan baru terbang ke Kuala Lumpur dan 25 laluan baru telah dilancarkan, sementara keseluruhan lalu lintas penumpang meningkat 11.2 peratus kepada 58.6 juta dan tambahan 30,535 pergerakan pesawat komersil dicatatkan, menjadikannya 386,054 pergerakan.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) muncul sebagai pemenang dalam kategori 'Penumpang Lebih 20 Juta', menewaskan lima lagi lapangan terbang yang disenarai pendek.
"Malaysia Airports sangat berinovasi dalam mewujudkan strategi pemasaran syarikat untuk mempromosi destinasi yang dikehendaki," katanya.
Menurutnya, Malaysia Airports juga mengadakan beberapa misi ke Eropah, ASEAN, Asia Selatan, India dan China untuk bertemu lebih 30 syarikat penerbangan di ibu pejabat mereka bagi memasarkan KLIA sebagai hab yang berkembang pesat.
Sebagai pemenang keseluruhan, KLIA akan disenarai pendek secara automatik untuk Anugerah Pemasaran Laluan Dunia di Guangzhou pada September.
Malaysia Airports adalah satu daripada kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi jumlah penumpang dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 21 2018
KLIA muncul sebagai pemenang dalam kategori 'Penumpang Lebih 20 Juta', menewaskan lima lagi lapangan terbang yang disenarai pendek.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
KLIA menang Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018
Anugerah mengiktiraf perkhidmatan pemasaran cemerlang yang telah menyokong pelancaran laluan udara baharu atau pembangunan perkhidmatan sedia ada.