Kos membina terowong dan kerja bawah tanah bagi Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Jajaran SSP) mungkin meningkat antara 30 dan 50 peratus berbanding MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang (Jajaran Satu) kerana ia melibatkan bahagian lebih luas dan volum kerja lebih besar.
Pengarah Projek MMC Gamuda KVMRT (MGKT), Satpal S. Bhogal berkata penjajaran terowong yang lebih panjang serta bilangan stesen adalah antara faktor yang menyebabkan kos lebih tinggi.
"Bagaimanapun, kos sekilometer adalah sama dengan Jajaran Satu," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd yang dilantik sebagai rakan kongsi penyerahan projek (PDP) juga dijangka membida pakej kerja-kerja bawah tanah bagi Jajaran SSP.
"Pada masa ini projek itu hanya dalam peringkat perancangan. Harapnya pembidaan akan dilangsungkan akhir tahun ini.
"MRT Corp Sdn Bhd telah mengumumkan yang ia yakin dengan projek yang dirancang itu berikutan respons positif orang awam, dan jika semua urusan berjalan mengikut rancangan, ia akan mengadakan pembidaan kompetitif antarabangsa dalam baki tahun ini dan mungkin awal tahun atau pertengahan tahun depan mereka anugerahkan kontrak," katanya.
Satpal berkata jika syarikat memperoleh kontrak itu, ia akan diselia oleh MRT Corp susulan kemungkinan timbulnya konflik kepentingan.
Sementara itu, dokumentari khas bertajuk 'Megastructure of MRT Malaysia Urban Diggers' adalah antara dokumentari '12 Treasures of Malaysia' yang akan disiarkan buat pertama kali oleh National Geographic bersempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
Dokumentari itu yang akan disiarkan oleh Astro menerusi saluran 533 berkisar kepada proses membuat dan membina terowong sepanjang 20 kilometer di bawah kota raya Kuala Lumpur.
Bernama
Sun Aug 30 2015
MMC Gamuda KVMRT Sdn Bhd yang dilantik sebagai rakan kongsi penyerahan projek (PDP) juga dijangka membida pakej kerja-kerja bawah tanah bagi Jajaran SSP. - Gambar Fail
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Kos jajaran SSP dijangka meningkat 30 hingga 50 peratus
Kos membina terowong dan kerja bawah tanah bagi Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) Jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Jajaran SSP) mungkin meningkat antara 30 dan 50 peratus.