KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan melancarkan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 awal tahun depan untuk dijadikan rujukan kepada sektor-sektor komoditi negara seperti kelapa sawit, getah, kayu-kayan, lada, koko dan kenaf.
Menteri Datuk Zuraida Kamaruddin berkata dasar tersebut telah siap sepenuhnya dan bakal dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi.
DAKN 2021-2030 dirangka bagi menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020 dalam usaha memacu pembangunan sektor itu secara lebih mampan, berdaya saing dan berorientasikan pasaran.
"Apabila siap, ia akan digunakan sebagai rujukan kepada komoditi negara terutamanya dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang menjadi keutamaan kita pada masa ini," kata Zuraida kepada Bernama selepas acara ulang tahun ke-40 dan pelancaran buku Majlis Kayu Kumai dan Tanggam Malaysia (MWMJC) yang diadakan pada Jumaat.
Beliau berkata adalah penting bagi pihak berkepentingan dalam industri untuk mengikut dasar itu yang merupakan hala tuju masa depan negara selain dapat mengelak daripada menjadi sasaran, terutamanya oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Sementara itu, dalam ucapannya, Zuraida berkata sektor minyak sawit dan getah Malaysia sentiasa menjadi tajuk utama media barat seperti dakwaan buruh paksa, justeru, beliau menggesa agar industri perkayuan bersedia dari segi tenaga buruh dan perumahan pekerja.
"Kita perlu mengambil berat aspek ESG kerana ia akan menjejaskan keupayaan dan potensi pasaran kami," tegasnya.
Menjelas lebih lanjut dasar berkenaan, Ketua Setiausaha KPPK Datuk Ravi Muthayah berkata dasar itu akan memberi tumpuan kepada lima teras dengan kemampanan dan keterangkuman adalah dua teras utama.
"Kedua-dua teras ini akan meliputi ESG dari segi memastikan aspek kawal selia industri serta keberkesanan program penyampaian kami.
"Semua ini bukanlah sesuatu yang baharu. Malah kami telah memasukkan teras utama dalam skim pensijilan sebelum ini seperti dalam Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)," katanya.
Mengimbas kembali, Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia berjanji untuk mengehadkan kawasan penanaman kelapa sawitnya pada 6.5 juta hektar dan telah mengharamkan penukaran kawasan hutan simpan kekal untuk penanaman kelapa sawit dan tiada penanaman baharu dibenarkan di kawasan tanah gambut.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai isu kekurangan tenaga buruh, Zuraida berkata kerajaan akan membenarkan lebih ramai tenaga kerja asing memasuki sektor lain tidak lama lagi.
Pengerusi MWMJC George Yap pula berkata secara keseluruhan, industri perkayuan memerlukan sekitar 50,000 tenaga kerja asing.
"Pada masa ini, kami memerlukan tenaga kerja asing kerana bakat tempatan tidak mahu menyertai industri. Terdapat juga keperluan untuk menarik bakat baharu ke dalam industri dan membangunkan produk baharu dan inovatif," katanya.
KPPK menetapkan eksport produk berkaitan kayu mencecah RM24 bilion tahun depan daripada RM22 bilion yang dicatatkan pada 2020, didorong oleh penerokaan pasaran baharu seperti Asia Tengah, Timur Tengah dan Oceania.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Zuraida berkata, adalah penting bagi pihak berkepentingan dalam industri untuk mengikut DAKN 2021-2030 supaya dapat mengelak daripada menjadi sasaran, terutamanya oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. - Gambar fail
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
DAKN 2030 pacu sektor agrikomoditi sebagai pemangkin ekonomi negara
Komoditi tersebut merangkumi kelapa sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, fiber berasaskan tumbuhan (kenaf), biojisim dan biobahan api.
DAKN 2021-2030 pacu sektor agrikomoditi selaras dengan norma baharu, pasca-COVID19
DAKN 2021-2023 akan dilancarkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bagi menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020.
KPPK lancar Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 awal tahun depan - Zuraida
Menteri Datuk Zuraida Kamaruddin berkata dasar tersebut telah siap sepenuhnya dan bakal dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi.