awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kukuhkan Petronas demi hasil negara – Wan Fayhsal

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2025
03:15 MYT
Kukuhkan Petronas demi hasil negara – Wan Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal gesa sokongan terhadap Petronas ketika krisis dengan Petros jejaskan keyakinan pelabur dalam sektor tenaga. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Petronas memerlukan sokongan kukuh daripada semua pihak bagi memastikan ia terus menyumbang secara signifikan kepada perbendaharaan negara, menurut Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Memetik laporan portal FMT News, katanya sokongan itu penting untuk menjamin kelangsungan pembangunan ekonomi jangka panjang serta memelihara kepentingan strategik negara dalam sektor tenaga.
“Petronas bukan sahaja menjana pendapatan untuk negara, ia juga mengasah bakat, kepakaran dan saluran diplomatik yang kukuh untuk Malaysia berkembang ke luar negara.
“Ia adalah satu-satunya syarikat multinasional (MNC) tempatan yang berkembang menjadi syarikat transnasional, dengan operasi di lebih 50 negara, dan salah satu sumber pendapatan terpenting bagi negara kita,” katanya pada Jumaat.
Tambah beliau, Akta Kemajuan Petroleum 1974 perlu diperkukuh kerana ia menjadi asas utama kepada peranan Petronas sebagai pemacu ekonomi.
Katanya, langkah itu sekaligus melindungi kepentingan strategik Malaysia dalam sektor minyak dan gas.
Kenyataan beliau hadir di tengah-tengah pertikaian antara Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang semakin memuncak.
Pertikaian ini bermula apabila Petros memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada Oktober lalu, mencabar tuntutan pembayaran RM7.05 juta berkaitan perjanjian jualan gas 2019.
Petros mendakwa perjanjian tersebut "tidak sah dan terbatal" kerana Petronas gagal mendapatkan lesen yang diperlukan di bawah Ordinan Pengedaran Gas Sarawak 2016 .
Mahkamah Tinggi Kuching telah menolak permohonan Petronas untuk menangguhkan prosiding, membolehkan perbicaraan utama berlangsung pada 11 Jun 2025 .
Pertikaian ini juga telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur.
Baru-baru ini, syarikat minyak gergasi ConocoPhillips menarik diri daripada projek bernilai AS$3.1 bilion di Sarawak, yang dilihat sebagai kesan langsung daripada ketidaktentuan dalam sektor tenaga di negeri tersebut.
Bagaimapun, pada 17 Februari, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Petronas akan mengekalkan peranannya sebagai pengawal selia nasional dalam industri minyak dan gas, walaupun Petros mengambil alih pengedaran gas di Sarawak.
Beliau menekankan bahawa semua perjanjian sedia ada akan dikekalkan untuk memastikan kestabilan dan keyakinan pelabur.
Topic Berkaitan
#Petronas
#ekonomi
#Wan Fayhsal
#Petros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami