awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan KHSB sasar keuntungan RM100 juta setahun menjelang 2028

Bernama
Bernama
21/03/2025
03:40 MYT
Kumpulan KHSB sasar keuntungan RM100 juta setahun menjelang 2028
Antara projek yang dijangka menyumbang kepada peningkatan keuntungan termasuk tanaman kelapa seluas 160 hektar di Cheneh, Kemaman.
KUALA TERENGGANU: Kumpulan Ketengah Holding Bhd (KHSB) menyasarkan peningkatan keuntungan sehingga RM100 juta setahun menjelang 2028.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) Datuk Seri Ahmad Said berkata sasaran itu berdasarkan pelaksanaan beberapa sumber perniagaan baharu terutama dalam bidang ternakan dan pertanian.
Beliau berkata antara projek yang dijangka menyumbang kepada peningkatan keuntungan termasuk tanaman kelapa seluas 160 hektar di Cheneh, Kemaman.
"Selain itu kita juga sedang berunding dengan kerajaan negeri Johor dan Pahang untuk mendapatkan tanah sesuai bagi penanaman kelapa untuk dijalankan sama ada secara usaha sama atau pajakan.
"Kita dapati selain sawit yang menjadi sumber utama syarikat, tanaman kelapa juga mempunyai potensi janaan pendapatan lebih baik dengan penghasilan lebih banyak jenis produk.
"Di samping itu untuk tahun ini juga kita telah berunding dengan pembeli untuk menaikkan harga bijih besi daripada RM20 kepada RM35 satu tan. Perjanjian baharu ini dijangka merekodkan peningkatan mendadak kepada keuntungan syarikat," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di sini malam tadi.
Selain itu Ahmad berkata Kumpulan KHSB yang memiliki 13 anak syarikat akan mengadakan lawatan ke China bulan depan bagi memeterai perjanjian untuk membuka kilang kotak daripada pelepah sawit.
Menurut beliau projek itu juga dijangka mampu meningkatkan keuntungan syarikat, seterusnya disalurkan kepada penduduk di wilayah Ketengah dalam bentuk sumbangan dan program tanggungjawab sosial korporat.
"Tahun lepas kita telah berjaya merekodkan keuntungan sekitar RM55 juta. Sebahagiannya dipulangkan kembali kepada warga Ketengah iaitu di Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KHSB
#Ketengah
#Ahmad Said
#keuntungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan