awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kutipan tol elektronik sepenuhnya di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau mulai 1 Sept

Bernama
Bernama
09/07/2014
15:14 MYT
Kutipan tol elektronik sepenuhnya di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau mulai 1 Sept
Orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol berkenaan digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin - Gambar Fail
Sistem kutipan tol elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Klang bermula 1 Sept depan.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Datuk Noorizah Abd Hamid berkata semua transaksi tol di kedua-dua plaza tol itu akan dikendalikan menerusi kad PLUSMiles, Touch 'n Go atau SmartTAG.
"Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Plus menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang mudah dan selesa serta membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lancar di plaza tol berkenaan," katanya dalam satu kenyataan Rabu.
Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol berkenaan digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.
Noorizah berkata Plus juga akan menyediakan lorong khas bagi mendapatkan dan menambah nilai kad Touch 'n Go dan PLUSMiles di lorong paling kiri di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bermula 19 Julai ini.
"Plus juga akan menyediakan rebat tol sebanyak 30 peratus selama empat bulan bermula 1 Sept depan kepada pengguna kenderaan kelas satu yang membayar secara elektronik pada waktu bukan puncak (di antara 10.00 pagi - 4.00 petang dan 10.00 malam - 6.00 pagi)," katanya.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch 'n Go dengan harga promosi RM5 di kedua-dua plaza tol berkenaan bermula 18 Ogos hingga 30 Nov depan.
Topic Berkaitan
#Batu Tiga
#Noorizah Abd Hamid
#PLUS
#PLUSMiles
#SmartTag
#Sungai Rasau
#Touch 'n Go
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan