awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Seorang lelaki ditemukan mati akibat ditembak
MALAYSIA
Malaysia komited tingkat kerjasama ASEAN perkukuh statistik rasmi - DOSM
MALAYSIA
Upacara Miring buka panggung persembahan RWMF 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

KWSP perkukuh transformasi digital demi kesejahteraan persaraan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/06/2025
08:55 MYT
KWSP perkukuh transformasi digital demi kesejahteraan persaraan
Pelan hala tuju KWSP merangkumi alat pendapatan pasca persaraan, sistem perancangan yang diperibadikan dan antara pemuka digital mesra usia. - Gambar KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempergiat usaha transformasi digital bagi menyokong rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih panjang, sihat dan terjamin dari segi kewangan, selaras dengan perubahan demografi negara yang semakin menua.
Ketua Pegawai Digital dan Teknologi KWSP, Muhammad Afhzal Abdul Rahman berkata, teknologi kini diterapkan dalam setiap aspek perjalanan ahli KWSP bagi meningkatkan pengalaman pengguna dan hasil persaraan.
“Inovasi digital bukan lagi sekadar untuk kecekapan operasi, tetapi untuk memastikan kesejahteraan persaraan dalam masyarakat yang semakin menua,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2025 baru-baru ini.
Afhzal berkata, KWSP komited terhadap reka bentuk digital yang inklusif, khususnya bagi pekerja gig, usahawan mikro dan mereka yang bekerja dalam sektor tidak formal.
“Salah satu keutamaan kami ialah menggunakan data dan platform digital untuk mendekati golongan yang selama ini kurang mendapat perhatian.
"Teknologi membolehkan kami memperibadikan perancangan persaraan untuk setiap individu, tanpa mengira jenis pendapatan atau status pekerjaan,” katanya.
Afhzal berkata, pelan hala tuju KWSP merangkumi alat pendapatan pasca persaraan, sistem perancangan yang diperibadikan dan antara pemuka digital mesra usia.
“Kita sedang memasuki ekonomi jangka hayat. Dekad akan datang akan ditentukan oleh sejauh mana kita dapat menggunakan teknologi untuk memperkasakan warga emas Malaysia, bukan sekadar untuk terus hidup, tetapi untuk terus maju,” katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan membina kepercayaan terhadap platform digital, sambil menyatakan bahawa keselamatan siber dan pendidikan ahli adalah kunci untuk memastikan keyakinan dalam perancangan persaraan secara dalam talian.
“Kemudahan digital tidak bermakna jika ahli tidak berasa selamat. Oleh itu, kami turut memberi tumpuan kepada keselamatan siber yang kukuh dan membina keyakinan digital,” tambahnya.
ISWC 2025 menjadi platform untuk meneroka hubungan antara jangka hayat, teknologi dan keselamatan sosial, ketika Malaysia melangkah ke arah menjadi negara yang inklusif usia dan didayakan secara digital.
Topic Berkaitan
#Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#Muhammad Afhzal Abdul Rahman
#Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami