awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF

Bernama
Bernama
08/11/2023
04:04 MYT
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
Mof berkata, sejak tahun 2019 hingga 2023, KWSP telah memperuntukkan Alokasi Dana Tahunan purata melebihi 80 peratus untuk dilaburkan dalam pasaran domestik. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan sebanyak RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Selasa, kementerian berkata sejak tahun 2019 hingga 2023, KWSP telah memperuntukkan Alokasi Dana Tahunan purata melebihi 80 peratus untuk dilaburkan dalam pasaran domestik.
"KWSP akan terus memberi keutamaan kepada pelaburan domestik dengan mengalokasikan sebahagian besar daripada dana tahunannya kepada pasaran tempatan termasuk dalam bentuk pasaran wang di bank tempatan.
"Bagi memastikan KWSP dapat mengoptimumkan pelaburannya dengan mampan, Panel Pelaburan KWSP sentiasa berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) yang mengalokasikan aset pelaburan KWSP dalam pelbagai kelas aset, geografi, mandat dan strategi selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah pengurus dana persaraan," kata kementerian menjawab soalan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya).
Sejak penubuhan KWSP pada tahun 1951 sehingga kini, jumlah keseluruhan aset pelaburan KWSP adalah sebanyak RM1.082 trilion, sebanyak 61.4 peratus daripadanya dilaburkan dalam pelaburan domestikmanakala 38.6 peratus lagi dalam pelaburan luar negara, kata MoF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#Kementerian Kewangan
#EPF
#pelaburan
#domestik
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan