Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhasrat untuk meningkatkan aset asingnya kepada 27 peratus dalam masa dua tahun bagi mengembangkan lagi kepelbagaian portfolionya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pertumbuhan aset asing KWSP mencecah 25 peratus pada 2015 berbanding 23 peratus pada 2014, susulan langkah agresif mempelbagaikan aset globalnya sejak lima tahun lepas.
Malah, katanya, usaha itu dapat membantu mengimbangi atau menseimbangkan perubahan prestasi pasaran.
"Jumlah wang yang kita laburkan di pasaran global sememangnya besar, terutamanya pada tempoh antara 2008 dan 2014.
"Biarpun berlaku penyusutan ringgit, kita masih mampu menepati sasaran ditetapkan iaitu peruntukan sebanyak 25 peratus bagi aset global," katanya pada sidang media mengenai dividen KWSP, di sini, hari ini.
Shahril Ridza menegaskan, tabung simpanan persaraan itu amat maklum mengenai tujuannya apabila membeli mata wang asing berikutan kelemahan ringgit.
Beliau turut ditanya jika KWSP akan berdepan sebarang kekangan bagi melaksanakan langkah kepelbagaiannya berikutan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya syarikat berkaitan kerajaan melaksanakan pelaburan secara berhemat.
Jelas Shahril Ridza, kerajaan tidak pernah menghalang KWSP daripada membeli aset di luar negara kerana ia memahami kewajaran untuk mempelbagaikan asas aset sedia adanya.
KWSP juga, katanya, turut mengembangkan aset domestiknya biarpun pada kadar lebih perlahan.
"Usaha ini dibuat atas beberapa alasan. Pertama, jika anda melihat pasaran Malaysia bagi saiz dana kita, agak sukar untuk memperoleh aset yang tepat mengikut keluk pulangan risiko yang kita mahukan dalam jangka panjang.
"Kedua, kita juga sentiasa maklum mengenai berlakunya 'kesesakan' dalam pasaran tempatan dan tindakan meletakkan terlalu banyak mudah tunai di pasaran akan menjejaskan hasil KWSP secara menyeluruh," katanya.
Selain itu, KWSP juga merancang untuk meningkatkan portfolio hartanah, infrastruktur dan ekuiti swasta kepada antara 8.0 peratus dan 10 peratus daripada jumlah aset di bawah pengurusan, untuk tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.
Menurut Shahril Ridza, hasil kebanyakan aset yang diperolehinya adalah dipacu oleh aktiviti yang disokong pajakan jangka panjang oleh syarikat-syarikat kredit yang kukuh.
"Kita semakin banyak membeli (aset) seperti ruang logistik serta bidang lain bagi tempoh jangka panjang," katanya.
Bernama
Mon Feb 22 2016
SHAHRIL RIDZA: Kerajaan tidak pernah menghalang KWSP daripada membeli aset di luar negara kerana ia memahami kewajaran untuk mempelbagaikan asas aset sedia adanya. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tiada perbincangan jual Legoland - Khazanah
"Semua aset kami mempunyai nilai, namun jika ada pihak yang hadir menawarkan nilai hebat untuk aset kami, menjadi tanggungjawab kami untuk menilai sama ada pulangan itu baik untuk pelaburan baharu,-
Khazanah Nasional Berhad rugi RM6.3 bilion
Khazanah Nasional Berhad merekodkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya.
Tunku Alizakri dilantik ketua pegawai eksekutif KWSP baharu
Tunku Alizakri sebelum ini turut bertanggungjawab memastikan kesemua cadangan pelaburan mengikuti garis panduan dan urus tadbir KWSP.
Ini sebab kenapa dividen KWSP tertinggi sejak 1997
Faktor kenapa dividen #KWSP paling tinggi sejak 1997.
Dividen KWSP lebih tinggi jika Bursa Malaysia kembali tinggi tahun ini
Bagi 2016, dividen sedikit rendah susulan wujud susut nilai akibat prestasi Bursa Malaysia yang secara purata susut 3 peratus tahun lepas.
KWSP pertingkat dana Simpanan Shariah mulai 2018
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan jumlah dana Simpanan Shariahnya sebanyak RM20 bilion ke RM30 bilion setahun mulai 2018.
KWSP peruntuk dana permulaan RM100 bilion bagi Simpanan Shariah
Jumlah ini merupakan lebih kurang 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP RM681.71 bilion.
3 intipati Laporan Tahunan KWSP 2015
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini membentangkan Laporan Tahunan 2015.
KWSP dijangka tingkat pelaburan domestik 2016
KWSP dijangka meningkatkan pelaburan domestiknya, terutama di dalam aset inflasi.
KWSP sasar tingkat aset asing kepada 27 peratus
KWSP berhasrat untuk meningkatkan aset asingnya kepada 27 peratus dalam masa dua tahun bagi mengembangkan lagi kepelbagaian portfolionya.