awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman web Maybank2U Klasik akan ditamatkan untuk pengguna individu

Amanz
Amanz
21/04/2025
03:15 MYT
Laman web Maybank2U Klasik akan ditamatkan untuk pengguna individu
Untuk kemudahan dan pengurusan yang lebih baik, Maybank menyarankan agar pengguna berpindah ke platform terkini Maybank2U.
LAMAN web Maybank2U Klasik akan ditamatkan sepenuhnya untuk kegunaan individu pada 9 Jun 2025.
Pengguna dinasihatkan untuk beralih ke platform baharu Maybank2U bagi memastikan akses kepada perkhidmatan terus berjalan lancar.
Maybank turut memaklumkan melalui laman web rasmi mereka bahawa semua perkhidmatan yang terdapat di Maybank2U Klasik akan diberhentikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, seperti berikut: Perkhidmatan Pemindahan Dana ke Akaun Pihak Ketiga -12 Mei 2025.
Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank -19 Mei 2025.
Untuk kemudahan dan pengurusan yang lebih baik, Maybank menyarankan agar pengguna berpindah ke platform terkini Maybank2U.
Platform ini telah dinaik taraf dengan pelbagai ciri baharu, reka bentuk yang mesra pengguna, serta keselamatan yang dipertingkatkan bagi menyediakan pengalaman perbankan yang lebih selamat.
Laman web Maybank2U Klasik. - Foto Amanz
Laman web Maybank2U Klasik. - Foto Amanz
Laman web Maybank2U semasa. Foto Amanz
Laman web Maybank2U semasa. Foto Amanz
Pengguna boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan sedia ada.
Sebarang pembayaran dan pemindahan dana yang dijadualkan atau berulang akan diteruskan seperti biasa.
Bagaimanapun, untuk pengguna Maybank2U Biz, mereka masih boleh menggunakan laman web Maybank2U Klasik untuk perkhidmatan perbankan atas talian seperti biasa.
Sumber: Maybank
Topic Berkaitan
#Maybank2U Klasik
#Laman web
#Maybank
#Maybank2u
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan