Pengendali perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Express Rail Link (ERL) menjangkakan yang lanjutan sepanjang 2.14 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) akan siap menjelang akhir
Mac tahun depan.

"Projek itu telahpun 73.33 peratus siap setakat 31 Okt, tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Noormah Mohd Noor kepada media mengenai lanjutan ERL ke klia2 di sini hari ini.

"Perkhidmatan komersil akan bermula seiring dengan klia2 pada Mei tahun depan," tambah beliau.

ERL menjangkakan yang lanjutan laluan baharu itu akan meningkatkan penumpangnya sebanyak 40 peratus, sekali gus menyaksikan pertambahan pendapatan sebanyak 60 peratus, setiap tahun.

Ia pada masa ini mengendalikan lebih 5.3 juta penumpang.