Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin pengumuman langkah-langkah yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berupaya mengukuhkan mata wang negara.
Perdana Menteri percaya sebagai sebuah badan pengawal selia dasar monetari negara, langkah yang dibuat oleh BNM itu akan memberi keyakinan kepada pasaran untuk mengambil langkah tertentu.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata BNM telah mengkaji sebaik-baiknya sebelum mengumumkan langkah tersebut.
"Saya percaya Bank Negara sebagai regulator, sebuah sebuah bank yang tahu soal monetari negara, termasuk soal management of exchange rate sudah tentu mereka kaji semasak-masaknya dan cadangan enam langkah yang mereka umumkan akhir minggu lalu saya percaya akan beri optimism kepada pasaran untuk mengambil langkah tertentu dan percaya dapat kukuhkan nilai mata wang kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ulangtahun ke-10 Iskandar Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas soalan pihak media yang bertanya sama ada langkah-langkah yang diumumkan BNM berupaya mampu mengukuhkan ringgit Malaysia.
Pada Jumaat lepas, BNM mengumumkan beberapa langkah yang dijangka boleh mengukuhkan kedudukan mata wang.
Antaranya pengeksport tempatan perlu menukar 75 peratus hasil yang dijana daripada eksport kepada mata wang ringgit dan hanya 25 peratus dibenar dikekalkan dalam mata wang asing.
Pada pukul 3 petang ini, ringgit disebut harga pada 4.4410/450 berbanding dolar AS pada 4.4470/4500 ketika ditutup semalam.
Astro Awani
Tue Dec 06 2016
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata BNM telah mengkaji sebaik-baiknya sebelum mengumumkan langkah tersebut. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Kastam rampas lebih 22 juta rokok disembunyikan dalam kotak mainan
Taktik suatu sindiket menggunakan kotak mainan untuk menyeludup rokok berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Polis buka kertas siasatan pengguna Facebook hina Nabi Muhammad, agama Islam
Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Taktik jadikan ekstasi serbuk koko tumpas
Taktik menjadikan serbuk ekstasi seakan serbuk koko untuk mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya tumpas, dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan dalam dua serbuan, Isnin lepas.
Tanah mendap di Iskandar Puteri, jalan alternatif siap dibina
Jalan alternatif sepanjang satu kilometer itu telah siap dan dibuka kepada orang ramai mulai 11.40 pagi tadi.
Polis tahan dua lelaki mabuk keluar kata-kata kesat pada anggota polis
Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai mabuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Mutiara Rini di Iskandar Puteri, semalam.
Tidak sampai 24 jam, dua lelaki terlibat dalam samun berkumpulan di Iskandar Puteri ditahan
Polis masih menjejaki tiga lagi rakan suspek yang terlibat dalam kes samun di Iskandar Puteri, Isnin lalu.
Dua maut, dua cedera kereta terbabas di plaza tol
Pihak BBP Iskandar Puteri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.36 pagi.
PRU15: Chin Tong berdepan cabaran jika berlaku pecahan undi di Iskandar Puteri
Sentimen pengundi mungkin berpihak kepada Chin Tong ketika ini namun ia bergantung kepada barisan calon yang akan berentap di kerusi itu.
Remaja perempuan baling pisau pada adik sehingga maut, direman 6 hari
Seorang remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau pada adik lelakinya sehingga menyebabkan maut di Ulu Pulai, Ulu Choh dekat Iskandar Puteri semalam, direman enam hari bermula hari ini.