Beberapa langkah dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Disember tahun lepas ternyata membantu menstabilkan ringgit.
Malah, Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim menegaskan, bank pusat itu bersedia memperkenalkan langkah baharu bagi memperkukuhkannya sekiranya keadaan perlu untuk berbuat demikian.
Menurutnya, biarpun impak penuh hasil pelaksanaan langkah-langkah itu pada 5 Disember lepas itu dijangka dapat dilihat pada pertengahan 2017, namun keputusan awal menunjukkan ia ternyata banyak membantu menstabilkan ringgit.
"Bagaimanapun, langkah-langkah baharu ini bukannya kawalan modal atau penetapan ringgit sebaliknya bertujuan menstabilkannya dan memastikan mudah tunai dalam pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Kewangan Malaysia 2017 di sini, hari ini.
Jelas Muhammad, pasaran kewangan Malaysia adalah terbuka dan mana-mana pihak bebas untuk keluar atau memasuki pasaran itu.
"Kita sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelabur jangka panjang ke dalam pasaran bon dan perlu memastikan mereka dilindungi dengan (langkah) menstabilkan ringgit supaya mereka juga boleh meraih untung," katanya.
Menurutnya, antara langkah baharu yang dilaksanakan adalah menetapkan pengeksport menyimpan sehingga 25 peratus daripada hasil perolehan eksport dalam mata wang asing dan baki 75 peratus dalam denominasi ringgit.
"Langkah lain termasuk membenarkan pemastautin, termasuk pengurus dana pemastautin untuk melindung nilai dedahan dolar AS dan renminbi China secara bebas dan aktif sehingga had RM6 juta bagi setiap pelanggan setiap bank," katanya.
Pemastautin dengan pinjaman ringgit, pula bebas untuk melabur dalam aset mata wang asing di dalam dan luar negara sehingga RM50 juta untuk korporat manakala individu sehingga RM1 juta, katanya.
"Kita tidak boleh menetapkan (ringgit) pada paras tertentu. Apabila kita dapat melakukan pelarasan permintaan dan penawarannya berdasarkan permintaan sebenar terhadapnya, barulah ringgit dapat stabil.
"Apa yang utama ialah ringgit perlu stabil kerana ia akan membolehkan perniagaan membuat keputusan yang tepat," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhammad berkata BNM dan Jawatankuasa Pasaran Kewangan mengambil langkah termasuk intervensi bagi mengawal gangguan spekulatif terhadap ringgit di pasaran luar persisir.
Beliau turut menyifatkan pandangan beberapa pemerhati dan penganalisis ekonomi yang meletakkan nilai ringgit pada tahap tertentu sebagai nilai keseimbangan, adalah tidak tepat dan tidak produktif.
Menurutnya, permintaan terhadap nilai ringgit di pasaran mata wang domestik juga kian baik.
Tegasnya, kejatuhan nilai ringgit ini bukanlah suatu situasi yang unik mahupun terpencil kerana ia adalah fenomena global.
"Pengukuhan mata wang dolar US yang ketara telah menyebabkan semua mata wang serantau dan global turut mengalami tekanan kemerosotan.
"Ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuk ketidaktentuan dasar monetari di Amerika Syarikat serta ketidaktentuan perkembangan arus ekonomi serta politik dunia dan serantau," katanya.
Muhammad berkata, perkembangan global itu telah mengganggu sentimen pasaran kewangan antarabangsa dan mengakibatkan aliran keluar dana dari pasaran negara pesat membangun serta mengakibatkan kemorosotan nilai mata wang di kebanyakan negara.
"Nilai ringgit turut dipengaruhi oleh struktur ekonomi dan pasaran kewangan kita yang paling terbuka dalam kalangan negara pesat membangun.
"Pasaran kita terdedah kepada ketidaktentuan pasaran kewangan global yang menyebabkan pelaburan portfolio berbalik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017
MUHAMMAD IBRAHIM: Beberapa langkah dilaksanakan BNM pada Disember tahun lepas ternyata membantu menstabilkan ringgit. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Belanjawan negara fokus reformasi struktur, pelaburan untuk kesejahteraan rakyat - MKII
Belanjawan negara bukanlah sekadar alat untuk menggembirakan rakyat atau menarik pelabur, tetapi sebagai mekanisme penting untuk mengutamakan keperluan ekonomi negara.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$116.8 bilion setakat 30 Ogos 2024
Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus
Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.